Thursday, June 4, 2009

AGM


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN UMSA
KALI KE-3 SESI 2008/2009

AHAD 7 JUN 2009
10.00 PAGI
RUANG KULIAH 301, KAMPUS 2 UKRIDA

TENTATIF
PEMILIHAN PRESIDEN & TIMBALAN PRESIDEN UMSA 2009/2010
PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN
PEMBENTANGAN TAHUNAN BIRO
ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG UMSA SETIAP ANGKATAN

SEMUA AHLI DIWAJIBKAN HADIR
DAN IKUT SERTA UNTUK PEMILIHAN BARISAN KEPIMPINAN BARU UMSA

Tuesday, June 2, 2009

Pengumuman!

Salam. Makluman buat semua.

  1. Sebagai susulan dari perjumpaan dengan Pak Goenawan berkaitan dengan MMC, En Jazman menjelaskan bahawa keputusan penuh dari pihak MMC akan diketahui dalam waktu yang terdekat ( 3 minggu lagi ) dan pihak JPA amat menyokong pelajar dengan menegaskan supaya tidak perlunya penambahan waktu Koskap. En Jazman berharap agar semua pelajar tidak bimbang dengan keputusan dari MMC dan dapat meneruskan kuliah seperti biasa.
  1. Berkenaan dengan ‘claim sp’ untuk pelajar JPA, JPA membuat guideline yaitu pelajar hanya berhak untuk ‘claim sp’ sekali sahaja sepanjang perkuliahan. Ini berikutan kerana ‘claim sp’ yang terlalu banyak diterima di bahagian kewangan bagi ‘claim sp’ untuk sem lepas. So, bagi sesiapa yang pernah ‘claim sp’ sebelum ni, possibility untuk dapat ‘claim sp’ lepas ni sngtlah susah.

    p/s : Kita masih mencuba untuk berbincang dengan En Jazman dan berharap agar keputusan yang dapat dicapai akan menggembirakan semua pihak khususnya pelajar JPA.

  1. Bagi sistem KBK, sp untuk bulan Ogos nanti, hanya subjek di semester ganjil sahaja yang akan dibuka yaitu untuk semester 3 dan 5 (berdasarkan sumber yang terkini ). Ini kerana pihak UKRIDA menukar sistem dengan membuat sp di setiap sem bagi sistem KBK. Keputusan tetap belum dicapai, akan tetapi kami akan cuba meminta agar pihak UKRIDA membuka sp untuk setiap sem bagi memudahkan pelajar membaiki nilai masing2.
  1. Berkenaan jadual sistem KBK, libur umum adalah sama dengan libur kampus 1 ( dari dr. wani ) tetapi, jadual blok adalah tergantung sem setiap batch. Secara umumnya, untuk cuti aidilfitri adalah tetap pada 19-26 september 2009. Bagi sesiapa yg nk balik, da boleh tempah tket raya, tp untuk sape2 yg nk cuti lebih masa, harap rujuk pd coordinator sem masing2.

    P/s : Untuk pertanyaan lanjut,boleh rujuk biro akademik dan koordinator sem masing2.

Mr. ZACK.

Friday, May 1, 2009

Takziah


Pihak UKRIDA-MSA ingin mengucapkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga saudari Teuh (2007) diatas kematian bapanya. Kami bersama seluruh keluarga UMSA turut bersedih di atas berita dukacita ini.

Kami semua berharap saudari Teuh akan terus tabah dan kuat menghadapi cabaran ini. InsyaAllah semua kawan-kawan, abang, kakak dan adik-adik di UMSA akan terus memberi sokongan kepada saudari Teuh.

Takziah.

*Biro Kebajikan UMSA sedang mengutip bantuan kebajikan kepada saudari Teuh yang kini pulang ke pangkuan keluarganya. Semoga semua dapat memberi sokongan. Terima kasih.

Thursday, April 9, 2009

Kejohanan Badminton Jakarta

KELAB UMNO JAKARTA
mempersembahkan


KEJOHANAN BADMINTON JAKARTA
BERKUMPULAN LELAKI & WANITA

(ANTARA UNIVERSITI-UNIVERSITI JAKARTA)

AHAD, 12 APRIL 2009


Pola Bugar, Family Sports & Entertainment Centre
Jl Kedoya Raya, Kebun Jeruk



Maklumat lanjut sila layari http://kelabumnojakarta.blogspot.com/2009/03/kuj-badminton-commercial.html

Jgn lepaskan peluang melihat kehebatan pemain-pemain Malaysia yang akan bertanding yang masing-masing mewakili pasukan dari Universitas Indonesia, Universitas Trisakti, Universitas Kristen Krida Wacana, Universitas Prof Moestopo, Universitas Islam Negeri Syahidatullah, pasukan Kedutaan Besar Malaysia dan pasukan dari Malaysia Club Jakarta.

Sama-sama datang untuk memberi sokongan seterusnya membantu pasukan masing-masing ke Final!

http://kelabumnojakarta.blogspot.com/

Thursday, February 12, 2009

Lampiran Contoh Surat Permohonan Attachment Kepada Dekan

Pada sesiapa yang berminat untuk melakukan attachment sepanjang cuti semester di hospital di Malaysia, anda boleh mengajukan surat permohonan akuan daripada pihak dekan untuk urusan pengesahan anda sebagai mahasiswa FK UKRIDA. Surat yang telah dibuat boleh diserahkan secara berkelompok kepada wakil angkatan untuk memudahkan urusan pengakuan dekan. Berikut dilampirkan contoh surat permohonan tersebut :


................................
JL TANJUNG DUREN SELATAN 2,
GANG 1 NO 10 RT13RW2,
JAKARTA BARAT 11470
--------------------------------------------------------------------------------------
DEKAN,
FAKULTAS KEDOKTERAN,
UNIVERSITAS KRISTEN KRIDA WACANA,
JL ARJUNA UTARA NO. 6,
JAKARTA BARAT 11510 21 JANUARI 2009

BPK/IBU YTH,

PERMOHONAN UNTUK MELAKUKAN ATTACHMENT

1. SAYA SEPERTI YANG BERNAMA DI ATAS, .........................DENGAN NOMOR NIM 10-2006-...., MAHASISWA ANGKATAN 200....., SEMESTER ..., INGIN MEMOHON UNTUK MELAKUKAN ATTACHMENT DI RUMAH SAKIT YANG TERDAPAT DI MALAYSIA PADA CUTI SEMESTER YANG AKAN DATANG. DENGAN INI SAYA SERTAKAN BUTIRAN RUMAH SAKIT YANG BERKENAAN;

RUMAH SAKIT :

HOSPITAL SULTANAH AMINAH (JOHOR BAHRU),
JABATAN KESIHATAN NEGERI JOHOR,
BAHAGIAN KESIHATAN,
TINGKAT 5,
BLOK B WISMA PERSEKUTUAN,
JALAN AIR MOLEK,
80590 JOHOR BAHRU,
MALAYSIA.

2. SEHUBUNGAN DENGAN PERKARA DIATAS, SAYA INGIN MELAKUKAN SEKSI ATTACHMENT INI SELAMA ENAM HARI BERMULA DARI 23 FEBRUARI 2008 SEHINGGA 28 FEBRUARI 2008. BERIKUT SAYA SERTAKAN DEPARTEMEN YANG SAYA INGINKAN;


i. OBSTETRICS AND GYNECOLOGY
ii. INTERNAL MEDICINE
iii.SURGERY
iv. EMERGENCY
v. FORENSIC

3. DENGAN INI, SAYA AMAT MENGAHARAPKAN KEIJINAN DARI PIHAK BAPAK/IBU AGAR SAYA DAPAT MEMANTAPKAN LAGI PENGETAHUAN SAYA DENGAN APA YANG SAYA TELAH PELAJARI DALAM KULIAH. SAYA JUGA INGIN SEKALI MELIHAT BAGAIMANA PROSES KLINIKAL SEPERTI CARA PENGGAMBILAN DARAH, PUNGSI LUMBAL, PEMERIKSAAN NEUROLOGIS, INTUBASI SECARA DENGAN LEBIH JELAS MEMANDANGKAN SAYA AKAN MEMASUKI KOSKAP PADA SEMESTER DELAPAN.

4. KERJASAMA DARI PIHAK BAPAK/IBU AMAT SAYA HARGAI DAN SAYA DAHULUKAN DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.



HORMAT SAYA,


......................


Nota Kaki : Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada wakil biro akademik 2006

Search