Monday, November 30, 2009

Majlis ta'lim bersama Pak Romi

Assalamualaikum w.b.t,

InsyaAllah , Majlis Ta'lim hari ini Selasa, 1 Disember 2009
Majlis esok akan diadakan seperti berikut:-

Tempat: Masjid Nurul Hikmah, Tanjung Duren Selatan
Masa : 8.15pm sampai tamat~

Majlis didahului dengan halaqah Al-Quran.
Semua ahli keluarga UMSA dijemput hadir ke majlis ini. Sekian, Terima kasih.

Saturday, November 28, 2009

HARAP MAAF~




UMSA mengumumkan bahawa Majlis Makan Malam UMSA 2009 yang akan diadakan Isnin, 30 November 2009 di Buffet Mall Citraland terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakan. Presiden UMSA bertanggungjawab sepenuhnya keatas keputusan yang telah dilakukan berikut dan sebarang pertanyaan sila hubungi saudara NURHAFIS ZAINOL (081932582920). Sekian, terima kasih.

Wednesday, November 25, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Adha

UMSA ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1431

kepada seluruh umat Islam dan kepada semua warga keluarga UMSA
angkatan 2005,2006,2007,2008 dan 2009.

Saturday, November 7, 2009

KITAS utk pelajar 2009

Assalamualaikum wbt

Berhubungan dengan soal KITAS pelajar angkatan 2009, kami memohon maaf kerana tidak memberi sebarang maklumat perkembangan mengenainya. Jadi, kami sudah menghubungi agent (Pak Osman) yang menguruskan hal ini dan beliau hanya memberi tau bahawa kitas ini sedang di proses dan sudah di aju kan kepada pihak Imigrasi. Dan ini menunjukkan petanda yang baik.

Pertanyaan seperti Bila Kitas ini siap? Bila kami dapat pasport balik? Pihak kami sendiri pun tak dapat nak menjangkakan bila kita akan dapat pasport itu balik. Dan kemungkinan besar, anda akan dapat sebelum tanggal 17 hb. Disember 2009. Senarai nama utk pergi ke imigrasi bagi tanda tangan kitas akan biro diplomatik sediakan dan kalian bolehlah merujuk kepada ketua angkatan anda.

Dan sukacita kami memaklumkan, adik adik junior 09 insyaAllah boleh pulang bercuti pada bulan Disember ini. Kami dan pihak agent sedang bersunguh sungguh berusaha untuk membolehkan kalian semua utk pulang bercuti. Dan mengikut pengalaman juga, semua junior yang baru sampai pada tahun tersebut ada kesempatan utk pulang bercuti pada bulan Disember.

Berkenaan utk pulang bercuti, kalian hendaklah membuat EREP. Sesiapa yang ingin pulang bercuti di Malaysia tercinta, haruslah memberi nama kepada wakil angkatan kalian yaitu Amirul dan Aishah berserta duit sebanyak RP 305 000 selewat lewatnya 14 November ini. EREP adalah perkara yang wajib kalian buat utk keluar dari negara yang bernama INDONESIA. Kalau takde EREP, memang tiada jalan lain utk pulang. Jadi, harap semua paham dengan mendalam hal ini. Bagi yang pulang, mereka akan dapat pasport setelah erep di buat. Bagi yang tidak pulang, akan di beri setelah kitas siap. Untuk bebas fiskal, akan di sediakan oleh pihak kami.

Bagi yang mereka menanyakan, bila Pasport boleh dapat utk cash kan duit? Mungkin penerangan di atas membantu. Kebarangkalian untuk mendapat pasport sekarang adalah KOSONG kerana pasport anda semua telah di proses utk buat kitas. Kami paham kondisi kalian yang sudah kekeringan tiada uang, tetapi kami tidak dapat membantu dengan lebih lanjut melainkan memberi tahu kitas akan siap pada pertengahan bulan Disember.


.Sebarang pertanyaan, bolehlah bertanya terus kepada biro diplomatik UMSA,
.Zainoor 'Ain Jamil.
.YM= puterinia@yahoo.com

.peace V.

Search