Wednesday, December 17, 2008

PENGUMUMAN

Meeting UMSA bersama dekan

Salam

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas meminta satu pertemuan dengan Dekan UKRIDA, Dr. Mardi, hasilnya beliau sudi meluangkan masa bersama untuk berdiskusi walaupun masa yang diberikan terlalu hampir. Antara perkara yang akan dibincangkan adalah permasalahan yang di alami oleh student Malaysia dan masalah-masalah yang berlaku pada sistem KBK.

Di harapkan agar mana2 student menyampaikan idea2 or masalah2 yang berlaku kepada ketua batch masing2. Butiran perjumpaan :-

Tempat : ruangan 303
Tarikh : 19 disember 2008
Waktu : 13.00 wib.

P/s : Harap mana2 student yang nak join bagi nama kat saya, coz ini permintaan dr Mardi dan bagi memudahkan diskusi.

Salam.
MOHD ZULHAFIZ BIN MOKHTAR

Thursday, December 11, 2008

Entry of the week

Buat pengetahuan semua, bagi meningkatkan peranan UMSA dalam merapatkan silaturahim antara semua ahli keluarga UMSA, UKRIDA-MSA akan memilih entry terbaik dari blog-blog ahli UMSA dari semasa ke semasa.
Entry yang berinformasi, bermanfaat, menarik dan kreatif merupakan antara kriteria pemilihan.
Selamat berkarya:).

Sebagai permulaan berikut adalah entry dari http://www.gcc-eden.blogspot.com/ .
Contoh study group yang patut dipuji. Satu cara belajar yang baik.
-Moderator


"ahad kami utk ipd"
ahad, 7 december 08

rumah zaf n akmal tidak pernah terbayang kalau akan ada siang ahad yg diisi dengan belajar sahaja sepanjang hari dr pukul 8am hingga 5pm dgn break 1jam utk sembahyang zohor dan lunch (rehat utk yg puasa sunat).. tapi dengan 'keazaman yang tinggi', we 'Ripley's Believe It Or Not' did it!!

'Acute' study group ini tak lain tak bukan, utk discuss IPD (Ilmu Penyakit Dalam/ Internal Medicine) Dr. Mardi n Dr Widodo yang akan test hari Rabu nanti..subjek ini sungguh mencabar tapi menarik! :)

Here are few pics describing the situation. yeah, a pic can say a thousand words..


kiri: ARF-Acute Renal Failure, by zaf
kanan: Hyper & HypoThyroidism, by Etolz
tengah: whiteboard, for those presenters yg tak readykan simplified notes. (huhu, GCC la tu)
sila compare percentage warna coklat meja dan warna putih kertas. terbukti subjek IPD ini mencabar!

grup yg duduk kat atas tikar akan alternate dgn grup yg duduk kat meja bagi sesi pagi dan petang. except etolz, nanti boleh kena pseudo-decubitus ulcer. hee.
wak jawa dengan blangkon dr jogja, yang hilang tumpuan belajar. mungkin akibat penurunan glukosa darah.. smoga puasa korg mendapat keredhaanNya. amin.
11 muka-muka capek tapi gembira.. setelah hampir 8jam, akhirnya habis pun. hoaaahh... sebenarnya acute study group ni ada 12 org ye. jgn lupe yg amik gambar \(^^)/

terima kasih kepada semua yang telah sama-sama 'sharing is caring' terutama kepada sifu-sifu lini pertama (eg; bakal nephrologist kita), dan encik akmal yg telah volunteer jd office boy kami :)

Sunday, December 7, 2008

Blog Keluarga UMSA

Salam.

Dalam usaha meningkatkan lagi perpaduan pdalam keluarga UMSA, UKRIDA-MSA akan memaparkan link ke blog-blog ahli UMSA.

Kini anda semua boleh lebih mengenali abang-abang dan adik-adik melalui luahan hati mereka sendiri.

Diminta kerjasama semua yang memiliki blog supaya menulis comment pada entry ini, meninggalkan info tentang alamat laman blog anda dan nama serta batch; bagi membolehkan admin memasukkan link blog anda UKRIDA MSA. Kerjasama anda amat dihargai.

Friday, December 5, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha


UMSA mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua yang mengujungi laman web ini.
Isnin- 8 Disember 2008: Sambutan Hari Raya Korban di Bersama TYT Dato' Duta Besar di Kedutaan Besar Malaysia

7.15 pagi
Solat Sunat Aidiladha
Jamuan

8.45 pagi
Gotong-Royong Menyembelih Binatang Korban
Jamuan

12.30 tengahari
Acara Selesai


*Bawa bersama baju untuk acara gotong-royong

Thursday, December 4, 2008

Futsal 'Copa de PKPMI-CJ 2008'

Futsal 'Copa de PKPMI-CJ 2008' untuk lelaki dan wanita!

Tarikh: 14 Disember 2008 (Ahad)
Masa: 07.00-13.00 WIB
Tempat: Grand Futsal ( berdekatan Kedubes Malaysia, Kuningan)

Bayaran: Untuk ahli (yg telah/akan membayar yuran sesi 2008/09), bayaran=hanya Rp 80 000 per team






* Mana-mana team yg terdiri dari ahli ( walaupun seorang) yg belum membayar
yuran tahunan, setiap team akan dikenakan biaya Rp 200 000
* Yuran termasuklah sewa tempat, minuman & makan tengah hari (nasi lemak). Penyokong turut mendapat makan tengah hari & minuman


Acara untuk lelaki dan wanita akan dijalankan serentak di lokasi yang berbeza walaupun masih di Grand Futsal. Pemisahan dilakukan demi keselesaan peserta-peserta wanita.

Untuk peserta lelaki, setiap universiti diminta menghantar jumlah team seperti berikut:

Ukrida : 3 team

Jumlah peserta wanita adalah tergantung kepada permintaan. Sila berhubung dengan biro sukan PKPMI-CJ di setiap universitas masing-masing. UKRIDA - Muhammad Rusydan Bin Abdul Fattah (+6081932582917)

Hadiah-hadiah menarik menanti setiap pemenang bagi kategori L & P:

Johan : Piala Pusingan 'Copa de PKPMI-CJ' (L & P), pingat, hamper & sijil
Naib Johan : Pingat, hamper & sijil
Tempat ketiga : Pingat, hamper & sijil
ke-4 dan seterusnya : Hamper saguhati & sijil

Pemenang "Golden Boot"- Penjaring Terbanyak Kejohanan :Cenderahati & sijil
Pemenang "Balon de' Or"- Pemain Terbaik Perlawanan Akhir : Cenderahati & sijil
Pemenang "Golden Hands"- Penjaga Gol Terbaik Perlawanan Akhir : Cenderahati & sijil


~Laskar Pelangi~


Nonton Bareng Gratis Bersama PKPMI-CJ!


Terbuka kepada pelajar-pelajar yang telah (dan akan) membayar yuran tahunan sesi 2008/09 sahaja.* You dont want to miss it!
  • Tarikh: 7 December 2008 (Ahad)
  • Masa: 9.30 pagi- 12.30 t/hari
  • Tempat: Djakarta Theatre XXI (di perempatan Mal Sarinah), Jl Thamrin
  • Bayaran: Ahli- gratis.. Bukan ahli- Rp 25 000
  • Undangan: Beberapa orang pegawai atasan Kedutaan Besar Malaysia dan ahli Malaysia Club Jakarta (expatriats club)
**apa-apa boleh hubungi saudara Nurhafis Zainol di 081932582920

Wednesday, December 3, 2008

Exco UMSA 2008

Berikut adalah senarai pembahagian exco UMSA angkatan 2008.

EXCO AKADEMIK

1. AHMAD SHAHIR B MOHD AZMAN
2. BALQIS BT ABU BAKAR
3. FATEHAH BT MALIK
4. FATIN AINA BT MOHAMAD ASRI
5. ISABELLA MENON
6. MOHAMAD HAFEZOL AFZAN ADRUS
7. MOHAMED ASRI BIN MOHAMED ZAINI
8. MOHD ASRUL BIN CHE RAHIM
9. MUHAMMAD IZZUDDIN BIN MOHD ROSAIMI
10. NOR FATIHA BINTI MAHMUD
11. NURUL ATIKA BT LATIF
12. SHAMALAH A/P KANDAYAHSLM

EXCO KOMUNIKASI & PERHUBUNGAN LUAR

1. ATHIRAH AKALILI BT ALIAS ASGAR
2. HAZRENA BT HASSIM
3. MOHAMAD FAISAL MOHAMMED NASIM
4. AHMAD WAHIDI BIN MOHD NOOR
5. MUHAMMAD AZAM BIN MOHD ARIFFIN
6. MUHAMMAD NAUFAL NORDIN
7. MUIZZUDDIN BIN ALI
8. NOR FAZILLAH BT ADAM
9. NUR AMIRA BT MOHD ROSTAM
10. NUR HAFIZAH AINAA BT ABU HASSAN
11. NURLIYANA BT RAMLI
12. NURUL AINI BT ABDUL RAHMAN
13. ZORLINA BT ZOLKAPLI
14. ATIKAH BINTI AB RAHIM

EXCO SUKAN, REKREASI & KEGIATAN LUAR

1. AKMAL HAKIM BIN ASLAH
2. MOHD FAHAMY BIN MOHD NOR
3. MUHAMMAD ADIB BIN AYOB
4. MUHAMMAD FAIZUL B IBRAHIM
5. MUHAMMAD KHAIRUL HAFIZ B. HAMAT
6. MASLIANA BT ALIAS
7. MURNI HAYATI BT MOHD HASHIM
8. NOR ASYIKIN BINTI MOHAMAD RAZALI
9. NUR ATHIRAH BT KHAMIRULAMIR
10. NUR FARHANA BT MUSA
11. NUR HANANI BT RIDZUAN

EXCO EKONOMI & KEBAJIKAN

1. BADIUZZAMAN BIN ABD KADIR
2. MOHAMAD ATHAULLAH BIN ISMAIL
3. MOHAMAD AZRIN BIN MD YUSOF
4. MUHAMAD SYAIFUL BIN SAMINGAN
5. MUHD. SYAFIQ BIN ZAMASRY
6. NOR SHAKILLA BT ARJUNAIDI
7. NUR NAZLINA BT MOHD HANIPAH
8. SITI NABILALLHUDA BT AZMI
9. SITI NOR ASYIKIN BT MUHAMAD
10. SITI NORADZUWA MD YUSOF
11. SITI NORSHAMSIAH SHAMSUDDIN
12. SURIANI BT MOHAMED SHUKOR

EXCO AGAMA & PEMBANGUNAN IHSAN

1. ABDUL HAKIM BIN ABDUL KADIR
2. AFIQAH BT IBRAHIM
3. AHMAD FARID ASYRAF BIN RAMLI
4. MOHD FAHMI BIN MOHD HANI
5. MASDALILAH BT IBRAHIM
6. FARHANA BT KHIDZRI
7. MOHAMMAD LOKMAN HAKIM B MAT ISAR
8. MOHD RAZIS BIN MARZUKHI
9. NUR ATIQAH SOLEHA BINTI JAMALUDIN
10. NUR FATINI BT CHOK
11. NUR RUHAIZI BINTI SHAMSUDDIN
12. SITI MASSITA BT MISBARI
13. MUHAMMAD SYAFIZ BIN RUZAIN

EXCO TEKNIKAL, LOGISTIK & KESELAMATAN

1. AHMAD AZROEI BIN MOHD YUSUP @ MUALLIF
2. AMIRAH BINTI DAHALAN
3. ATIKAH BT SU AZMI
4. EMIR AFIF BIN MOHAMAD AZLAN
5. MOHAMMAD ASAIRUL HIDAYAT SAIDUN
6. MUHAMMAD AIMAN BIN ABDUL RAHMAN
7. NORFATIHAH BT OSMAN
8. NORHAZIRAH BT MOHD RASHID
9. NUR FASIHAH BT MAT NAWI
10. NURUL NADIAH BT ABDUL RAHMAN
11. NURUL NAJIHA BT NOOR AZHAR

EXCO TUGAS-TUGAS KHAS

1. JAWAHIR BIN MADEAMING
2. NOR AMIRAH BT NOR AZMAN
3. NOR ZAIALIF BIN ZAINUDIN
4. NUR ATIKAH BT AZMI
5. NUR HIDAYATI BT NORDIN
6. NUR SYUHADA BINTI ROSLAN
7. NUR WAHIDAH BT AHMAD RUZAINI
8. NURAIHAN BT MOHD JALALUDIN
9. SHAFIQAH NAJWA BT MOHAMAD ZAKI
10. SHAHLI AIMAN B. ZUL HASNAN NAJIB
11. TUTY ALWIYAH BT FUAD SALIM
12. WAN NOOR ASMARINA BT WAN MAHMOOD

Saturday, November 22, 2008

Health Guarantee Letter dari JPA

Salam

Alhamdulillah, hasil permintaan mempercepat proses insurans pelajar JPA dgn En Jazman, pihak JPA bersetuju untuk membayar bayaran kesihatan pelajar JPA dgn guarantee letter dari JPA ( sebelum insurans siap sepenuhnya ) kepada Rumah Sakit yang berkaitan dengan syarat:
  • Student dengan rawat inap ( rawat jalan atau hanya pengambilan obat tidak dibenarkan )
  • Bayaran kesihatan melibatkan operasi atau kos yang besar.

Kepada student yg msuk rumah sakit, harap contact En Jazman atau saya secepatnya. Pesanan En Jazman kepada stdnt JPA “jagalah kesihatan korang sebaik-baiknya”. Untuk maklumat lanjut,sila contact Fahmi (ketua biro kebajikan).

Berkenaan pertemuan dengan Dekan yang akan dibuat, harap semua student menyuarakan masalah yang berlaku di UKRIDA kepada ketua batch masing2 secepatnya.

P/s : hasil pertemuan dengan Rektor di kampus 1, alhamdulillah, surau yang baru dah dapat ( lantai 3) dan sekarang sedang dalam proses renovation. InsyaALLAH dalam 3 minggu lagi siap digunakan. Wasalam.

MOHD ZULHAFIZ BIN MOKHTAR

Presiden UMSA

Thursday, November 13, 2008

Struktur Kurikulum KBK



Gambar(double click untuk paparan lebih jelas) ini menunjukkan struktur kurikulum yang diaplikasikan untuk sistem Kemahiran Berbasis Kompetensi (KBK). Jadi, ia diharap dapat membantu mahasiswa dalam merencana dan menjadi guidance perencanaan studi mahasiswa di Fakultas Kedokteran UKRIDA.

Mohd Izzun Nasheef B Mohamad Hasmuri
Exco Akademik UMSA

Futsal Wanita UMSA 2008


FUTSAL TOURNAMENT 2008 FOR THE BEAUTIES

The 1st futsal tournament for the beauties had been held successfully by the UMSA (Biro Rekreasi dan Kegiatan Luar) at the Futsal Arena last Saturday evening; 8 November 2008 at 7pm (which is also happened to be our dearest darling princess Imah’s birthday).

The event was held successfully with all the participation from every batch which brings us total up 8 teams. It was a wondrous night seeing everyone together in such event.

As the saying goes, ‘the more the merrier’. Having all the supporters supporting their friends had brought more excitement. What more, with all the sandwiches and donuts selling. It does make the event ‘tastier’.

Every team had done their best in every match. And here are the results:

Champion: Menteng takde air (2007)

1st runner-up: Triple Kick (2007)

2nd runner-up: Loa-loa (2007)

3rd runner-up: XOXO (2007)

Bukan Bintang Biasa (2006)


Wonder Girls (2006)

Superjuniors (2008)

Kopro Girls (2008)

Special thanks to everyone involved in this event and Congratulations to all the winners and everyone presents.

Carmella Caryn Darwin

Timbalan Exco Sukan & Rekreasi UMSA

Tuesday, November 4, 2008

Rumah Terbuka


Kelab UMNO Jakarta, Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Cawangan Jakarta dan Pusat, UKRIDA Malaysian Students Association, dan Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (JPMI)

mempersembahkan

Malam Sedondang Sayang
RUMAH TERBUKA PELAJAR MALAYSIA SELURUH JAKARTA

Ahad, 9 November 2008

Aula UKRIDA, Jakarta Barat
Pelbagai hidangan makanan Malaysia dari The King's Corner, tayangan filem budaya, tarian kebudayaan menanti anda!Penampilan istimewa persembahan teater pelajar bertajuk ‘Tanah Bernanah’.

Terbuka kepada Seluruh Pelajar Malaysia di Jakarta

Pakaian:Lelaki: Baju Melayu Lengkap beserta Samping/ Sut Hitam
Perempuan: Baju Tradisional
Masa: Pelajar datang sebelum jam 630pm.
Tempat adalah terhad. Hanya untuk 130 orang pertama. Daftar kehadiran anda dengan meng-email nama kepada saudari Raihana di alee5a@yahoo.com sekarang!


Mari beramai-ramai meriahkan suasana!
*Karnival Mini Sukan 2008
juga diadakan pada siang hari. Terbuka kepada semua. Pemain terbaik berpeluang mewakili Jakarta ke Sukan Pelajar Malaysia Se-Indonesia di Jogjakarta!
BOWLING - BADMINTON - FUTSAL

Sunday, November 2, 2008

M & M 2008

MIX & MATCH 2008



Pada 2 Nov 2008, satu program tahunan suai kenal antara senior-junior telahpun diadakan dengan jayanya.

Program yang melibatkan adik-adik baru dari angkatan 2008 dan diuruskan khas oleh kakak abang dari angkatan 2007 ini bermula sejak pukul 10 pagi dan berakhir kira-kira jam 615 petang.

Selain taklimat tentang beberapa perkara penting meliputi peranan UMSA dan khidmatnya untuk pelajar-pelajar Malaysia di UKRIDA, program ice breaking untuk tujuan merapatkan lagi hubungan abang-adik turut diadakan. Antara aktiviti program ice breaking adalah peserta diuji bakat kreatif/inovatif mereka dengan menjana idea serta mencipta device untuk sebiji telur supaya ia mampu memberi perlindungan yang sewajarnya apabila telur tersebut dilempar setinggi bangunan 3 tingkat.

Pada sebelah petang pula, satu aktiviti yang disebut "Amazing Race UKRIDA" berlansung dengan sangat meriah. Pelajar-pelajar telah dibahagikan mengikut kumpulan utk menyelasaikan tugas-tugasan di sepuluh check points berbeza.

Sememangnya program sebegini dapat merapatkan hubugan kita sesama sendiri di UKRIDA. Terima kasih kepada semua yang datang memberi sokongan .
(Fotographer: Zafran)

Monday, October 27, 2008

Pengumuman

Cuti Hujung Tahun 2008


Buat pengetahuan semua, daripada informasi yang diberitahu oleh Pensyarah Koordinator 2006, Dr Ninik, cuti Krismas pada hujung ini adalah dari tanggal
21 Dec 2008 (Ahad),
hingga
3 Januari 2009 (Sabtu).


Cuti semester pada bulan Februari pula dijangka bermula dari tarikh 6 Februari 2009 hingga 1 Mac 2009 (belum confirm).

Thursday, October 23, 2008

Agama & Pembangunan Insan

Ta'lim Pak Romy
Salam.
BiroAgama & Pembangunan Insan UMSA mengajak para pelajar muslim batch 2008 untuk menghadiri Ta'lim/ ceramah Khamis yang disampaikan oleh Pak Romy, seorang engineer dan juga penceramah lokal yang diundang oleh Masjid Nurul Hikmah.

Lokasi: Masjid Nurul Himah, Tg Duren Selatan
Masa: 8.15-930 malam

Taklim turut diadakan untuk batch-batch lain dari masa ke masa pada waktu yang akan diberitahu nanti. Terima kasih.

Atas: Gotong Royong anjuran Biro Agama UMSA membersihkan masjid Nurul Hikmah

Wednesday, October 22, 2008

Keselamatan dan Logistik

Nik Azharuddin

Kejadian Pecah Rumah

Semua pelajar diminta supaya lebih berhati-hati dalam hal keselamatan harta benda dan rumah.

Baru-baru ini kita digemparkan lagi dengan kejadian kecurian di salah sebuah rumah pelajar junior 2008. Antara yang dilaporkan hilang adalah sebuah laptop dan sejumlah wang tunai sebesar Rp300 000.
Perkara ini masih dalam siasatan dan diharap semua dapat segera selesai.
Seluruh pelajar diminta supaya lebih berwaspada dan tidak cuai tentang perkara yang bersangkutan dengan keselamatan.
Perlu diingatkan, sekiranya kita cuai dan membuka peluang kepada orang lain untuk mengambil kesempatan, ini akan menggalakkan lagi kes kecurian di petempatan kita kerana insidens berlakunya kes seperti ini di metropolitan Jakarta adalah sangat tinggi.
Sebarang pertanyaan tentang hal keselamatan dan logistik boleh diajukan kepada Exco Keselamatan UMSA, saudara Nik Azharuddin Nik Azman di talian 081808473189.

Monday, October 13, 2008

GFT 2008

GRAND FUTSAL TOURNAMENT (GFT) 2008

Pada hari Sabtu, 9 Oktober 2008, satu pertandingan futsal anjuran Biro Sukan UMSA telah dilansungkan dengan jayanya. Pertandingan yang diberi nama GRAND FUTSAL TOURNAMENT (GFT) 2008 ini telah disertai oleh tujuh team dari setiap angkatan.
Suasana turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran hampir 100 orang penyokong-penyokong setia dari setiap angkatan yang tidak serik-serik menyokong team masing-masing. Jualan makanan dan minuman turut diadakan bagi mengamatkan lagi suasana.
Dengan semangat kesukanan yang tinggi, setiap team telah berentap untuk menjadi yang terbaik seterusnya berhasrat menjuarai tournament dan menjulang piala UMSA. Berikut adalah keputusan GFT 2008.

Johan GFT: Team Samurai FC (2005)

Naib Johan: Team Dodol FC (2005)

Tempat ke-3: Team Mega Anggerek (2007)

Ke-4: Team Tart Gulung FC (2006)

Fruitea FC (2008)

Kramat FC (2007)

May May FC (2008)

Terima kasih juga pada para penyokong yang tidak letih lesu menyorak untuk pasukan masing-masing. Ini menggamatkan lagi suasana keseluruhan setiap perlawanan pada malam tersebut. Tidak kurang juga ini melipat gandakan semangat setiap pemain-pemain di gelanggang. Tahniah!

Atas kiri: Jualan minuman Extra Joss bagi menambah kekuatan pemain-pemain.

Atas kanan: Budak Milo bernama Halim dan Lee setia menjaga milo2nye dr di curi. Turut kelihatan hadiah-hadiah hamper dan piala pusingan yg menjadi rebutan setiap team yg bertanding.


Atas kiri: Penyokong-penyokong setia dari team Tart Gulung angkatan 2006 yang tidak serik-serik memakan kuih tart gulung sebagai lambang sokongan mereka.

Atas kanan: Penyokong setia dari angkatan 2006 Team tart gulung cuba membeli striker andalan dodol FC dgn harga rp 50k, tp ditolak oleh saudara faiz


Atas kiri: Penyokong-penyokong setia dari angkatan 2005 yang dikatakan Makyussss.

Atas kanan: Fan tart gulung FC yg "cacat" bernama HALIM :p dibelakangnya terdapat makhluk bergigi besar bernama Nash.. juga "cacat" seperti Halim.
Atas: Penyokong-penyokong dari angkatan 2007 yang begitu bersemangat turut menjadikan suasana lebih panassss!
(Gambar-gambar dan caption dari: http:mysals.blogspot.com/)

Friday, October 10, 2008

UKRIDA GRAND FUTSAL TOURNAMENT

GRAND FUTSAL TOURNAMENT
(KATEGORI LELAKI)

Sabtu, 11 Oktober 2008 SABTU
7pm –selesai
Patra Sport Centre



Pada hari ini, bursa-bursa transfer diantara batch masing-masing telah ditutup dimana masing-masing batch telah menyiapkan pasukan masing-masing untuk kejohanan futsal pada tahun ini.

Pelbagai atau aneka ragam dapat dilihat dari setiap pasukan dan yang paling mengejutkan 2 pasukan dari batch 2008 Trisakti menarik diri pada saat-saat akhir pertandingan hendak dimulakan.

Mungkinkah aura kehebatan pemain-pemain UKRIDA dirasai sehingga mereka lansung tidak berani menjejakkan kaki ke lapangan futsal?? Mungkin debaran pertandingan tahunan ini semakin kencang didada sehingga sukar untuk ditanggung lagi?

Apa-apa pun pertandingan akan tetap dijalankan dengan berbaki sebanyak 8 pasukan terhebat untuk turun berentap merebut sebuah piala. Berikut adalah sedikit info tentang pertandingan ini:

GROUP A
Samurai 7 (2005)
Kramat (2007)
Tat gulungFC ( 2006 )
Fruitea FC (2008)
Trisakti 2008 – out tarik diri

GROUP B
Dodol FC ( 2005 )
Mega angrek FC ( 2005 )
May –may FC (2008 )
Kecoa koproseksual FC ( 2008)
Trisakti 2008 – out tarik diri

Pertandingan akan bermula pada jam 7.00 pm dimana setiap team akan bermain mengikut sistem grouping. Satu perlawanan mengambil masa kira-kira 20 minit. Sama-sama kita datang untuk menyokong team masing-masing!


Semoga anda semua success!

Friday, September 26, 2008

Kami seluruh warga UKRIDA Malaysian Students' Association ingin mengucapkan:
__________________________
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
&
MAAF ZAHIR DAN BATIN
untuk semua keluarga UMSA!
__________________________________
Kami susun sepuluh jari meminta ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap, kekurangan sepanjang sessi 2008 ini. Semoga Aidilfitri tahun ini menjadi lebih meriah dari tahun tahun sebelum ini!

Monday, September 22, 2008

Jamuan Berbuka Puasa Bersama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia


Pada 21 September yang lepas, seramai hampir 150 pelajar dari UKRIDA telah bersama-sama berpeluang membuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Khalid B Nordin. Majlis yang diadakan di Hotel Sahid Jaya, Jakarta Pusat ini turut dimeriahkan lagi dengan pelajar-pelajar Malaysia dari seluruh Univ. yang terdapat di Jakarta dan satu rombongan khas dari Univ. Padjajaram, Bandung.


Search