Saturday, November 22, 2008

Health Guarantee Letter dari JPA

Salam

Alhamdulillah, hasil permintaan mempercepat proses insurans pelajar JPA dgn En Jazman, pihak JPA bersetuju untuk membayar bayaran kesihatan pelajar JPA dgn guarantee letter dari JPA ( sebelum insurans siap sepenuhnya ) kepada Rumah Sakit yang berkaitan dengan syarat:
  • Student dengan rawat inap ( rawat jalan atau hanya pengambilan obat tidak dibenarkan )
  • Bayaran kesihatan melibatkan operasi atau kos yang besar.

Kepada student yg msuk rumah sakit, harap contact En Jazman atau saya secepatnya. Pesanan En Jazman kepada stdnt JPA “jagalah kesihatan korang sebaik-baiknya”. Untuk maklumat lanjut,sila contact Fahmi (ketua biro kebajikan).

Berkenaan pertemuan dengan Dekan yang akan dibuat, harap semua student menyuarakan masalah yang berlaku di UKRIDA kepada ketua batch masing2 secepatnya.

P/s : hasil pertemuan dengan Rektor di kampus 1, alhamdulillah, surau yang baru dah dapat ( lantai 3) dan sekarang sedang dalam proses renovation. InsyaALLAH dalam 3 minggu lagi siap digunakan. Wasalam.

MOHD ZULHAFIZ BIN MOKHTAR

Presiden UMSA

Thursday, November 13, 2008

Struktur Kurikulum KBK



Gambar(double click untuk paparan lebih jelas) ini menunjukkan struktur kurikulum yang diaplikasikan untuk sistem Kemahiran Berbasis Kompetensi (KBK). Jadi, ia diharap dapat membantu mahasiswa dalam merencana dan menjadi guidance perencanaan studi mahasiswa di Fakultas Kedokteran UKRIDA.

Mohd Izzun Nasheef B Mohamad Hasmuri
Exco Akademik UMSA

Futsal Wanita UMSA 2008


FUTSAL TOURNAMENT 2008 FOR THE BEAUTIES

The 1st futsal tournament for the beauties had been held successfully by the UMSA (Biro Rekreasi dan Kegiatan Luar) at the Futsal Arena last Saturday evening; 8 November 2008 at 7pm (which is also happened to be our dearest darling princess Imah’s birthday).

The event was held successfully with all the participation from every batch which brings us total up 8 teams. It was a wondrous night seeing everyone together in such event.

As the saying goes, ‘the more the merrier’. Having all the supporters supporting their friends had brought more excitement. What more, with all the sandwiches and donuts selling. It does make the event ‘tastier’.

Every team had done their best in every match. And here are the results:

Champion: Menteng takde air (2007)

1st runner-up: Triple Kick (2007)

2nd runner-up: Loa-loa (2007)

3rd runner-up: XOXO (2007)

Bukan Bintang Biasa (2006)


Wonder Girls (2006)

Superjuniors (2008)

Kopro Girls (2008)

Special thanks to everyone involved in this event and Congratulations to all the winners and everyone presents.

Carmella Caryn Darwin

Timbalan Exco Sukan & Rekreasi UMSA

Tuesday, November 4, 2008

Rumah Terbuka


Kelab UMNO Jakarta, Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia (PKPMI) Cawangan Jakarta dan Pusat, UKRIDA Malaysian Students Association, dan Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia (JPMI)

mempersembahkan

Malam Sedondang Sayang
RUMAH TERBUKA PELAJAR MALAYSIA SELURUH JAKARTA

Ahad, 9 November 2008

Aula UKRIDA, Jakarta Barat
Pelbagai hidangan makanan Malaysia dari The King's Corner, tayangan filem budaya, tarian kebudayaan menanti anda!Penampilan istimewa persembahan teater pelajar bertajuk ‘Tanah Bernanah’.

Terbuka kepada Seluruh Pelajar Malaysia di Jakarta

Pakaian:Lelaki: Baju Melayu Lengkap beserta Samping/ Sut Hitam
Perempuan: Baju Tradisional
Masa: Pelajar datang sebelum jam 630pm.
Tempat adalah terhad. Hanya untuk 130 orang pertama. Daftar kehadiran anda dengan meng-email nama kepada saudari Raihana di alee5a@yahoo.com sekarang!


Mari beramai-ramai meriahkan suasana!
*Karnival Mini Sukan 2008
juga diadakan pada siang hari. Terbuka kepada semua. Pemain terbaik berpeluang mewakili Jakarta ke Sukan Pelajar Malaysia Se-Indonesia di Jogjakarta!
BOWLING - BADMINTON - FUTSAL

Sunday, November 2, 2008

M & M 2008

MIX & MATCH 2008



Pada 2 Nov 2008, satu program tahunan suai kenal antara senior-junior telahpun diadakan dengan jayanya.

Program yang melibatkan adik-adik baru dari angkatan 2008 dan diuruskan khas oleh kakak abang dari angkatan 2007 ini bermula sejak pukul 10 pagi dan berakhir kira-kira jam 615 petang.

Selain taklimat tentang beberapa perkara penting meliputi peranan UMSA dan khidmatnya untuk pelajar-pelajar Malaysia di UKRIDA, program ice breaking untuk tujuan merapatkan lagi hubungan abang-adik turut diadakan. Antara aktiviti program ice breaking adalah peserta diuji bakat kreatif/inovatif mereka dengan menjana idea serta mencipta device untuk sebiji telur supaya ia mampu memberi perlindungan yang sewajarnya apabila telur tersebut dilempar setinggi bangunan 3 tingkat.

Pada sebelah petang pula, satu aktiviti yang disebut "Amazing Race UKRIDA" berlansung dengan sangat meriah. Pelajar-pelajar telah dibahagikan mengikut kumpulan utk menyelasaikan tugas-tugasan di sepuluh check points berbeza.

Sememangnya program sebegini dapat merapatkan hubugan kita sesama sendiri di UKRIDA. Terima kasih kepada semua yang datang memberi sokongan .
(Fotographer: Zafran)

Search