Wednesday, February 10, 2010

Kepada batch 2009: Surat Serah Kuasa

Kepada mahasiswa batch 2009 yang pulang ke Jakarta selepas tarikh pendaftaran (17 Mac 2010), perlu mengisi dan menghantar 'Surat Serah Kuasa'.

Surat Serah Kuasa ini akan diedarkan tidak lama lagi. Dalam surat serah kuasa itu, anda perlu untuk mencari tiga tandatangan, yaitu tandatangan anda sendiri, tandatangan teman anda yang akan tolong daftarkan diri anda, dan tandatangan P.A. (Penasihat Akademik).

Isi ruangan dalam surat itu dengan betul dan lengkap, dan cari tandatangan tu sampai dapat. Selepas sudah mendapatkan semua tandatangan, sila buat dua salinan fotokopi. Satu untuk diri anda, dan lagi satu untuk teman yang menolong anda.

Buat masa ini, sila bersabar kerana surat serah kuasa itu sedang dalam proses untuk diedarkan. Sila beri nama anda (yang pulang ke Jakarta selepas 17 Mac 2010) kepada Asydad Azaharrudin.


Selamat bercuti!

Search