Friday, September 26, 2008

Kami seluruh warga UKRIDA Malaysian Students' Association ingin mengucapkan:
__________________________
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI!
&
MAAF ZAHIR DAN BATIN
untuk semua keluarga UMSA!
__________________________________
Kami susun sepuluh jari meminta ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap, kekurangan sepanjang sessi 2008 ini. Semoga Aidilfitri tahun ini menjadi lebih meriah dari tahun tahun sebelum ini!

Monday, September 22, 2008

Jamuan Berbuka Puasa Bersama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia


Pada 21 September yang lepas, seramai hampir 150 pelajar dari UKRIDA telah bersama-sama berpeluang membuka puasa bersama Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, YB Dato' Seri Mohamed Khalid B Nordin. Majlis yang diadakan di Hotel Sahid Jaya, Jakarta Pusat ini turut dimeriahkan lagi dengan pelajar-pelajar Malaysia dari seluruh Univ. yang terdapat di Jakarta dan satu rombongan khas dari Univ. Padjajaram, Bandung.


Thursday, September 18, 2008

UMSA GRAND FUTSAL TOURNAMENT

Utk maklumat lanjut, sila hubungi exco Sukan dan Rekreasi UMSA, saudara Fairuz di traiblaizers_xp7@yahoo.com

Monday, September 15, 2008

Majlis Berbuka Puasa UMSA 2008

Pihak UMSA mengucapkan ribuan terima kasih bagi semua yang telah menjayakan program Majlis Berbuka Puasa UMSA baru-baru ini. Semoga semangat kekeluargaan di antara kita semua dapat dieratkan lagi buat masa akan datang.

Selamat Berpuasa.

UKRIDA Malaysian Students' Association.

Batch 2005

Batch 2006


Batch 2007


Batch 2008

Wednesday, September 10, 2008

Kriteria Busana Terbaik: Anugerah Taming Sari dan Seharum Kasturi

Pertandingan Busana Terbaik Majlis Buka Puasa UMSA 2008

Sempena Majlis Berbuka Puasa UMSA 2008 ini, antara pertandingan sampingan bagi menghangatkan perjalanan majlis ialah anugerah busana terbaik dengan nama Anugerah Taming Sari bagi lelaki dan Anugerah wanita Seharum Kasturi.

Beberapa orang juri dari setiap angkatan iaitu Sdr Izzun Nasheef (Ketua Juri), 2005: Shez, 2006: Izreen, 2007: Fendi, 2008: Fizzie.

Berikut adalah kriteria penilaian yang akan dinilai oleh team juri :

(i) Menutup aurat & sopan sempena bulan Ramadhan
(ii) Bergaya autentik dan keren [Cth: Baju Kurung Cakar Harimau Sumatera]
(iii) Pemilihan warna, tona warna senada, warna sedap mata memandang. [Cth: Satu Sut Baju Melayu Merah Mekar bak Bunga Mawar Berduri]
(iv) Aksesori menarik dan trendy
(v) Unik

Semoga pertandingan ini dapat memeriahkan lagi suasana pada malam ini disamping terdapat juga persembahan khas nanti.

KETUA JURI

Tuesday, September 9, 2008

Majlis Berbuka Puasa UMSA 2008!


Majlis Berbuka Puasa Keluarga UMSA 2008

Seperti biasa, pada tahun ini UKRIDA Malaysian Students' Association (UMSA) akan mengadakan satu majlis berbuka puasa seluruh ahli keluarga UMSA yang kian tahun kian bertambah ahlinya.
Selain majlis ini merupakan majlis gala yang akan mengumpulkan hampir 250 ahli keluarga UMSA yang ada, ia juga merupakan majlis pertama bersama adik-adik baru kita daripada angkatan 2008. Details tentang majlis berbuka puasa bersama ini adalah sepeti berikut:

Tempat: The Buffet, Lantai 4, Mal Ciputra
Tarikh: Khamis, 11 September 2008
Masa: 6.30pm-9.30pm*
Tema: Busana Muslim Muslimah
*Boleh datang awal untuk solat maghrib di surau CL atau solat terlebih dahulu di rumah.

Sesuai dengan ahli keluarga UMSA yang mencecah hampir 250 org tahun ini, pihak UMSA telah mengambil inisiatif untuk menempah tempat di restoran The Buffet bagi membolehkan kita semua mendapat tempat dengan selesa, dan menjalakan aktiviti-aktiviti dengan lancar.
Pelbagai aturcara menarik telah diatur bagi memeriahkan lagi suasana. Antaranya adalah tayangan video, persembahan pelajar, serta pemilihan peserta majlis dengan busana terbaik oleh juri-juri handalan dari setiap angkatan (Ketua juri: Sdr. Izzun Nasheef) dengan tema, "Busana Muslim-Muslimah".

Bayaran yang dikenakan untuk juadah "All you can eat" adalah Rp60.000 seorang. Ini sudah termasuk semua hidangan menarik Indonesian, oriental, western, seafood, steamboat, ice-cream, desert, juice, etc. Bagi melicinkan perjalanan program, bayaran bolehlah dibuat kepada wakil setiap angkatan selewat-lewatnya Rabu, 10 September 2008. [ 2005: Akmal; 2006: Afifah; 2007: Faiz & Nona; 2008: Shahfiz & Wahidah]

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saudara Zul Hafizi di 081808032658. Kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih dan jumpa di sana!

Wednesday, September 3, 2008

Bandung Trip


Alhamdulillah pada 29 Ogos yg lalu satu trip ke Bandung telah pun diadakan. Walaupun pada awalnya berlaku beberapa masalah seperti adik-adik junior 2008 tidak dapat bersama-sama mengikut daytrip ini (orientation belum habis), ia tetap diteruskan dengan ahli rombongan seramai 25 orang pelajar masing-masing dari UKRIDA dan sebilangan kecil daripada Univ. Trisakti.



Antara destinasi yang dilawati adalah shopping dan makan tengahari di sekitar Jl Dago dan Jl Juanda, kota Bandung, lawatan ke ladang strawberry di Lembang, serta hotspring berdekatan dengan gunung Tangkuban Perahu.
Kami tidak bernasib baik kerana cuaca hujan semasa rombongan kami tiba di kaki gunung Tangkuban Perahu Kami kemudiannya tidak dibenarkan untuk terus ke puncak gunung melihat kawah kerana kawasan tersebut ditutup setiap kali cuaca hujan. Ini kerana air hujan yang acidic dapat bereaksi dengan sulfur dari kawah gunung berapi membentuk gas beracun yang bahaya kepada pengunjung.


Pengalaman ke kota Bandung, memetik buah strawberry di ladang, serta beristirehat didalam kolam air panas merupakan antara pengalaman manis peserta rombongan. Diharap program sebegini akan dapat dilakukan lagi pada masa yang akan datang.






Search