Thursday, July 23, 2009

Semester Pendek 2009

Tarikh-tarikh yang perlu diberi perhatian sepanjang peralihan semester genap ke semester ganjil terutama bagi angkatan 2006,2007 dan 2008.
  • 22-24 Julai 2009 - Pemberian nama untuk pengambilan Semester Pendek
  • 5 Ogos 2009 - Pegeluaran jadual daftar KRS Semester Pendek secara Online
  • 10-15 Ogos 2009 - Remedial Blok 9,18,26
  • 18 Ogos 2009 - KHS semester genap dan pengeluaran jadual Semester Pendek
  • 20 @ 21 Ogos 2009 - Puasa Ramadhan 1430H
  • 19-21 Ogos 2009 - Konsultasi bersama Dosen PA dan Pendaftaran KRS Semester Pendek secara Online
  • 19-24 Ogos 2009 - Pembayaran Semester Pendek
  • 24 Ogos - 12 September 2009 -Semester Pendek bagi semester 2,3,4 dan 5
  • 7-13 September 2009 - Pendaftaran Semester Ganjil (Semester 3,5,7)
  • 14 September 2009 - Masuk Semester Ganjil
  • 18-27 Septermber - Libur Idul Fitri 1430H
UMSA dalam proses membantu mahasiswa agar mendapat persetujuan UKRIDA agar dapat menitipkan pendaftaran Semester Pendek dan Pendaftaran KRS semester ganjil kepada rakan mahasiswa lain. Segala perkembangan akan di sampaikan dalam blog ini dan akan dimaklumkan kepada semua wakil angkatan masing2.

Sila ambil perhatian terhadap tarikh-tarikh di atas terutama mahasiswa-mahasiswi yang mengambil Semester Pendek. Sebarang pertanyaan boleh diajukan lansung ke Sipend Angkatan masiing-masing @ Dosen Koordinator Angkatan masing-masing @ Saudara NURHAFIS BIN ZAINOL (081932582920)


Sebarang informasi tambahan sila kongsi bersama okey? TQ

Thursday, July 16, 2009

PERHATIAN!



JAKARTA 17 Julai - Polis Indonesia dan pihak hospital di Jakarta mengesahkan enam orang terbunuh manakala sekurang-kurangnya 39 cedera dalam letupan bom yang berlaku dua hotel di Mega Kuningan, di sini, pagi ini.
Dr. Cahyono dari Hospital Jakarta berkata, enam orang terbunuh dalam letupan yang terjadi di Hotel JW Marriot dan Hotel Ritz Carlton tersebut.
Sementara itu jurucakap polis Jakarta, Pesuruhjaya Kanan Chrysnanda juga mengesahkan setakat ini enam orang disahkan terbunuh.
Sekurang-kurangnya 39 mangsa, termasuk warga asing telah dirawat di beberapa hospital di sekitar Jakarta.
Letupan pertama dilaporkan berlaku di Hotel JW Marriot pada pukul 8 pagi waktua tempatan (9 pagi waktu Malaysia), diikuti lima minit kemudian di Hotel Ritz Carlton. Menurut para saksi, letupan berkenaan berlaku dalam skala yang kuat.
Ini merupakan kali kedua Hotel JW Marriot diserang. Pada tahun 2003, 12 orang terbunuh dalam serangan bom di hotel berkenaan. - Utusan
Terbaru,disahkan terdapat juga letupan di Muara Angke.Para mahasiswa/i Malaysia di Jakarta dinasihatkan agar menjauhi tempat-tempat ramai seperti mall buat masa ini.Kerjasama diharapkan supaya dapat mengelakkan perkara-perkara yang tak diingini.Sebarang berita terbaru akan diupdate kemudian.

Search