Sunday, November 14, 2010

Jamuan Hari Raya Korban UMSA




InsyaAllah UMSA akan mengadakan Jamuan Hari Raya Korban pada 17 November 2010 (hari raya pertama) di Ukrida Kampus 2 ataupun kampus 1. Penglibatan adalah semua anak2 Malaysia di Ukrida dan akan mengundang teman2 muslim Ukrida.

Tujuan program tak lain tak bukan untuk mengeratkan ukhuah sesama kita disamping mengurangkan rasa hiba di hati kerana sekali lagi tidak dapat pulang beraya di kampung halaman.

Menu pada hari tersebut adalah seperti berikut:
Menu utama : Nasi Ayam
Menu sampingan :
setiap batch akan diberi peruntukkan sebanyak Rp200.000 untuk menyediakan juadah. perancangan juadah sampingan adalah:
1.puding
2.kek batik
3.mihun/bubur
4.cekodok pisang/jemput2 pisang

Tentatif program lebih kurang seperti berikut:
6.30 pm : bersedia untuk solat isya' berjamaah
7.00 pm : takbiran aidul-adha
7.30 pm : mengambil tempat
8.00 pm : ucapan alu-aluan dari pihak umsa dan VIP yang diundang
8.30 pm : makan
9.00 pm : Forum "Pengalaman & Cabaran Koas" oleh senior yang telah koas
9.30 pm : Penyampaian anugerah pelajar cemerlang
9.45 pm : cabutan bertuah
11.00 pm: bersurai

Juadah akan disediakan secara gotong-royong.pembahagian tugasan telah dilakukan oleh panitia dan akan diumumkan nanti. sebanyak rp20.000 akan dikutip oleh wakil setiap batch yang telah ditetapkan bagi menyediakan segala juadah.

semoga dengan aktiviti ini kita dapat mengeratkan lagi ukhuah sesama kita disamping menghayati erti sebenar pengorbanan seperti disalam sirah Nabi Ibrahim a.s. InsyaAllah

yuk, ramai2 meriahkan majlis.

Friday, November 12, 2010

Lepak Jom~~~


Just nak promo event ni. Kepada senior2 kat luar tu, ringankanlah kaki untuk me-macho-kan event ni. To all, semoga ber-hepi2 esok. Peace.

Minta maaf kerana guna bahasa pasar.
Salam.

Wednesday, October 13, 2010

Bandung Games 2010


Bandung Games yang diadakan pada tanggal 8-10 Oktober 2010 telah melabuhkan tirainya. Temasya ini diadakan di Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung dan telah dirasmikan oleh YB Menteri Belia Dan Sukan Malaysia, Dato Seri Ahmad Shabery bin Cheek pada majlis makan malam dan majlis pembukaannya.


Turut memeriahkan majlis pembukaan tersebut adalah persembahan-persembahan dari mahasiswa dan juga artis jemputan yang comel lagi molek yaitu Yuna.


Secara keseluruhan, kontigen Jakarta menduduki tempat ke 4 di Bandung Games 2010 dengan pungutan pingat 1 Emas (Sukan rakyat Tengteng), 1 Perak (Sukan rakyat Batu Seremban) dan 3 Gangsa (Bola Keranjang, Bola Jaring, Bowling). Tahniah kepada semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung.


Atlet untuk sukan-sukan yang lain, termasuk futsal, bola tampar dan badminton hampir-hampir melayakkan diri ke peringkat akhir, akan tetapi mereka terkandas.


Berikut ini beberapa gambar yang menarik sepanjang BG 2010.













Thursday, September 9, 2010

Gambar-gambar Kedatangan Angkatan 2010

1 September 2010.
25 mahasiswa.
1 matlamat.
1 tekad.











Friday, September 3, 2010

Selamat Datang

Seramai 25 mahasiswa tajaan JPA selamat sampai ke jakarta, pada tanggal 1 September lalu. Diucapkan selamat datang kepada kalian dan semoga berjaya menghadapi hari-hari mendatang di Jakarta dengan bahagianya.





Tuesday, April 27, 2010

Talent Day 2010

Pada tanggal 25 April 2010 yang lalu, UMSA telah menganjurkan sebuah event yaitu Talent Day. Event yang dahulunya dipanggil Flair Nyte (anjuran UMSA batch 2005), kini dikepalai oleh saudari Raihana Asila Binti A Kadir dan dibantu oleh rakan-rakan batch 2007.

Bertempat di Auditorium Fakultas Kedokteran Kampus 2 UKRIDA, para hadirin diwajibkan untuk memakai pakaian sesuai dengan tema yaitu warna merah. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Pak Goenawan, Pak Jeffri (Mara) dan Pak Azmi (Mara). Terdapat 11 kumpulan yang mengambil bahagian dalam persembahan yaitu 6 menari, 4 menyanyi dan 1 pentomin drama.

Dibawah ini adalah beberapa gambar yang sempat diambil.








Pemenang pada Talent Day ditentukan 100% oleh pengundi yanitu semua penonton yang hadir. Pemenangnya adalah:
1st -- Pancasitara (2008)

2nd -- KDK (2007)

3rd -- IDC (2007)
4th -- BAD (07&09)
5th -- The Juliets (09)

Event ini berjaya mencapai objektifnya dengan mengeratkan hubungan silahturrahim antara para mahasiswa Malaysia di UKRIDA. Bakat2 yang sudah lama terpendam kini sudah keluar dengan bergayanya. Diharapkan pada tahun-tahun yang mendatang dapat dianjurkan event yang hebat seperti Talent Day dan juga Flair Nyte.

Wednesday, March 17, 2010

More To Come

Gedung baru UKRIDA











photographer : Emri Newtron

Wednesday, February 10, 2010

Kepada batch 2009: Surat Serah Kuasa

Kepada mahasiswa batch 2009 yang pulang ke Jakarta selepas tarikh pendaftaran (17 Mac 2010), perlu mengisi dan menghantar 'Surat Serah Kuasa'.

Surat Serah Kuasa ini akan diedarkan tidak lama lagi. Dalam surat serah kuasa itu, anda perlu untuk mencari tiga tandatangan, yaitu tandatangan anda sendiri, tandatangan teman anda yang akan tolong daftarkan diri anda, dan tandatangan P.A. (Penasihat Akademik).

Isi ruangan dalam surat itu dengan betul dan lengkap, dan cari tandatangan tu sampai dapat. Selepas sudah mendapatkan semua tandatangan, sila buat dua salinan fotokopi. Satu untuk diri anda, dan lagi satu untuk teman yang menolong anda.

Buat masa ini, sila bersabar kerana surat serah kuasa itu sedang dalam proses untuk diedarkan. Sila beri nama anda (yang pulang ke Jakarta selepas 17 Mac 2010) kepada Asydad Azaharrudin.


Selamat bercuti!

Sunday, January 24, 2010

UKRIDA (Bangunan Baru) hampir siap

Image and video hosting by TinyPic


Image and video hosting by TinyPic


Image and video hosting by TinyPic


Ni ada gambar latest, auditorium yang hampir siap. Auditorium ini akan digunakan untuk kegiatan ceramah, rapat, yusidium, dan kegiatan ilmiah ukrida aka kebaktian.




photographer : X'emriust Afif

Search