Sunday, November 14, 2010

Jamuan Hari Raya Korban UMSA




InsyaAllah UMSA akan mengadakan Jamuan Hari Raya Korban pada 17 November 2010 (hari raya pertama) di Ukrida Kampus 2 ataupun kampus 1. Penglibatan adalah semua anak2 Malaysia di Ukrida dan akan mengundang teman2 muslim Ukrida.

Tujuan program tak lain tak bukan untuk mengeratkan ukhuah sesama kita disamping mengurangkan rasa hiba di hati kerana sekali lagi tidak dapat pulang beraya di kampung halaman.

Menu pada hari tersebut adalah seperti berikut:
Menu utama : Nasi Ayam
Menu sampingan :
setiap batch akan diberi peruntukkan sebanyak Rp200.000 untuk menyediakan juadah. perancangan juadah sampingan adalah:
1.puding
2.kek batik
3.mihun/bubur
4.cekodok pisang/jemput2 pisang

Tentatif program lebih kurang seperti berikut:
6.30 pm : bersedia untuk solat isya' berjamaah
7.00 pm : takbiran aidul-adha
7.30 pm : mengambil tempat
8.00 pm : ucapan alu-aluan dari pihak umsa dan VIP yang diundang
8.30 pm : makan
9.00 pm : Forum "Pengalaman & Cabaran Koas" oleh senior yang telah koas
9.30 pm : Penyampaian anugerah pelajar cemerlang
9.45 pm : cabutan bertuah
11.00 pm: bersurai

Juadah akan disediakan secara gotong-royong.pembahagian tugasan telah dilakukan oleh panitia dan akan diumumkan nanti. sebanyak rp20.000 akan dikutip oleh wakil setiap batch yang telah ditetapkan bagi menyediakan segala juadah.

semoga dengan aktiviti ini kita dapat mengeratkan lagi ukhuah sesama kita disamping menghayati erti sebenar pengorbanan seperti disalam sirah Nabi Ibrahim a.s. InsyaAllah

yuk, ramai2 meriahkan majlis.

0 comments:

Post a Comment

Search