Selepas mendengar kata-kata aluan ringkas yang disampaikan sendiri oleh Dekan Fakultas Kedokteran UKRIDA, Dr Mardi, adik-adik kita yang baru ini telah dijamu dengan juadah Indonesia mereka yang pertama.
Taklimat ringkas seterusnya dikendalikan oleh En Jusoh B Hamat sebagai Pengarah MARA Indonesia. Selain memberi ucapan tahniah kepada yang terpilih oleh MARA, En Jusoh turut menyentuh beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh pelajar-pelajar yang baru tiba seperti keselamatan dan fokus dalam belajar. En Mohd Annuar Azizan, Pen. Pegawai MARA Indonesia juga mengambil kesempatan menerangkan kepada pelajar baru tentang borang-borang biasiswa yang patut diisi oleh mereka. Majlis diteruskan dengan ucapan Dr Gunawan, bapa angkat pelajar-pelajar Malaysia di Jakarta yang turut memberi kata-kata aluan kepada pelajar baru.
Abang Wan, selaku Naib YDP PKPMI, Rizal Abd Rahman, Presiden Kelab UMNO Jakarta, serta Zulhafiz Mokhtar, Presiden UMSA juga mengambil kesempatan untuk masing-masing mengucapkan selamat datang dan rasa berbesar hati menerima pelajar-pelajar baru untuk menyertai keluarga besar pelajar Malaysia di Jakarta, khususnya di UKRIDA.
Selepas masing-masing pelajar baru dihadiahkan sim card oleh UMSA sebagai tanda selamat datang, dan mendapat sedikit lagi taklimat ringkas tentang proses pendaftaran, borang-borang dan dokumen yang patut diisi dan sebagainya, pelajar-pelajar baru kemudiannya dibantu kakak-kakak dan abang-abang senior untuk membawa mereka ke tempat tinggal mereka masing-masing.
0 comments:
Post a Comment