Tujuan program tak lain tak bukan untuk mengeratkan ukhuah sesama kita disamping mengurangkan rasa hiba di hati kerana sekali lagi tidak dapat pulang beraya di kampung halaman.
Menu pada hari tersebut adalah seperti berikut:
Menu utama : Nasi Ayam
Menu sampingan :
setiap batch akan diberi peruntukkan sebanyak Rp200.000 untuk menyediakan juadah. perancangan juadah sampingan adalah:
1.puding
2.kek batik
3.mihun/bubur
4.cekodok pisang/jemput2 pisang
Tentatif program lebih kurang seperti berikut:
6.30 pm : bersedia untuk solat isya' berjamaah
7.00 pm : takbiran aidul-adha
7.30 pm : mengambil tempat
8.00 pm : ucapan alu-aluan dari pihak umsa dan VIP yang diundang
8.30 pm : makan
9.00 pm : Forum "Pengalaman & Cabaran Koas" oleh senior yang telah koas
9.30 pm : Penyampaian anugerah pelajar cemerlang
9.45 pm : cabutan bertuah
11.00 pm: bersurai
Juadah akan disediakan secara gotong-royong.pembahagian tugasan telah dilakukan oleh panitia dan akan diumumkan nanti. sebanyak rp20.000 akan dikutip oleh wakil setiap batch yang telah ditetapkan bagi menyediakan segala juadah.
semoga dengan aktiviti ini kita dapat mengeratkan lagi ukhuah sesama kita disamping menghayati erti sebenar pengorbanan seperti disalam sirah Nabi Ibrahim a.s. InsyaAllah
yuk, ramai2 meriahkan majlis.