Thursday, June 5, 2008

Well Responded.

Berita Harian, 6 June 2008.
Dakwaan pelajar perubatan Ukrida tidak berasas

SEBAGAI pelajar perubatan di Universiti Kristen Krida Wacana, (Ukrida) Jakarta, Indonesia, saya ingin mengulas mengenai surat ‘Wakil bakal doktor Ukrida’ yang disiarkan ruangan ini, 2 Jun lalu. Bagi saya pengadu sebenarnya cuma mencari alasan memburukkan tempat beliau belajar, sedangkan keadaannya tidaklah seperti digambarkan. Saya tidak pasti apa motif pengadu, mungkin dia gagal dalam ujian yang diambil atau kecewa kerana ditempatkan di universiti berkenaan. Sebenarnya penuntut perubatan tidak dibebani masalah ketika belajar di Ukrida. Memang benar, pelajar menggunakan sistem pembelajaran mengikut blok dengan setiap blok ada sistem mengikut tubuh manusia. Sistem ini sudah lama diamalkan universiti di Malaysia yang menawarkan jurusan perubatan. Mengenai penggunaan bahasa Indonesia, saya mendapati nota yang diberikan pensyarah disediakan dalam Inggeris dan ramai pensyarah boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Sehubungan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak perlu mengkaji kembali pengiktirafan Ukrida tetapi mengkaji kembali syarat untuk pelajar yang dikirim ke Ukrida. Mungkin JPA boleh menyediakan soalan psikologi untuk memastikan pelajar yang dihantar ke luar negara boleh menyesuaikan diri dengan budaya dan cara hidup masyarakat di negara itu dengan baik.

FIKRI HASSAN,Ukrida, Jakarta, Indonesia.

0 comments:

Post a Comment

Search