Thursday, June 12, 2008

UKRIDA di Berita Harian: Penjelasan ringkas Dekan

(Berita Harian, Jumaat 13 Jun 2008)
JPA iktiraf Fakulti Kedoktoran Ukrida
PENGURUSAN Fakulti Kedoktoran, Universiti Kristen Krisda Wacana (Ukrida), Indonesia, ingin memberi penjelasan berhubung aduan ‘Wakil Bakal Doktor Ukrida’ meminta JPA mengkaji balik pengiktirafan Ukrida pada 3 Jun lalu.

Untuk pengetahuan, kemudahan pendidikan disediakan di Ukrida adalah mengikut peraturan Persatuan Institusi Pendidikan Kedoktoran Indonesia dan Kementerian Pendidikan Tinggi Indonesia.

Fakulti Kedoktoran Ukrida sudah menjangkau 41 tahun dan alumni doktor mencapai lebih 1,000 pengamal perubatan pada 2008. Pengajar di Ukrida memenuhi piawaian ditetapkan Kerajaan Indonesia dan alumni Ukrida ramai yang bekerja di luar negara seperti Jerman, Amerika Syarikat, Australia, Filipina dan Malaysia. Pengunaan Bahasa Inggeris tidak pernah dilarang, malah diamalkan selain diajar di Ukrida.

Berikutan aduan itu, Rektor dan Dekan Fakulti Kedoktoran Ukrida pada 9 Jun lalu mengadakan pertemuan dengan perwakilan JPA dan Mara di Indonesia dan memutuskan tidak ada masalah besar dalam sistem pendidikan di Fakulti Kedoktoran (FK) Ukrida. Ukrida sentiasa memberi kesempatan kepada pelajar FK Ukrida, sama ada tempatan atau antarabangsa untuk berbincang dengan dekan, timbalan dekan Unit Pendidikan Perubatan dan penasihat akademik mengenai sebarang masalah yang timbul dalam tempoh pengajian.

DR MARDI SANTOSO,
Dekan Fakulti Kedoktoran Ukrida Jakarta, Indonesia.

1 comments:

Mohd Rizal said...

Wahh. Semakin popular la kita kat public Malaysia ye. Tapi penjelasan yang ok dan ringkas oleh pak dekan, yg Zack punya lagi lengkap tapi tak sure kenapa tak masuk lagi. Nway, harap-harap lepas ni slow down la jgn ada lagi sapa-sapa nak guna Bharian utk komplen ke apa ke, nanti tak pasal-pasal kita graduan ukrida popular in a disadvantage way.:D

Post a Comment

Search