Friday, June 27, 2008

Semester Pendek 2008 (JPA)

Sukacita dimaklumkan untuk pelajar JPA UKRIDA, sekarang sedang diusahakan supaya dapat dilakukan pembayaran secara lansung oleh pihak JPA kepada pihak universitas berhubungan dengan yuran SP 2008. Semoga perkara ini akan dapat dilaksanakan pada tahun ini dan mengurangkan beban pelajar yang harus mengikuti SP.

Berikut adalah maklumat tentang perjalanan SP tahun ini:
a. Tarikh akhir mengetahui semua keputusan semester:
2005 : 30 Jun 2008
06/07: 21 Julai 2008*
b. Tarikh menguruskan pembayaran SP

2005 : 1-4 Julai 2008
06/07: 22-26 Julai 2008*
c. Semester Pendek
2005 : 7 Julai- 9 Ogos 2008
06/07 : 28 Julai 2008*

*Tarikh sebenar belum diketahui kerana jadual rasmi belum dikeluarkan oleh pihak universiti.

Untuk pelajar JPA batch 2005/2006/2007, yang terlibat utk SP 2008, iaitu pelajar yang benar-benar gagal subjek sahaja (baiki nilai tidak termasuk), nama penuh, IC, jumlah subjek yang akan diambil selama SP (sesuai dengan jadual rasmi SP, supaya tidak tertindih kelas), dan salinan keputusan akademik; hendaklah diserahkan kepada wakil dari Biro Akademik UMSA (yang akan diberitahu kemudian) selewat-lewatnya dua hari selepas keputusan penuh semester dikeluarkan oleh pihak universiti. Harap maklum.

Perkara ini masih lagi diusahakan supaya dapat dilaksanakan dan masih dalam proses perbincangan dengan wakil JPA Indonesia En Jazman. Diharap pelajar terlibat dapat memberikan kerjasama penuh.

*Jadual sebenar cuti dan perlansungan Semester Pendek (SP) belum dapat tetapi perkiraannya buat batch 2006/2007 adalah seperti ini:

  • Habis modul terakhir semester: 5 Julai 2008
  • Cuti before remedial: 6-8 July 2008
  • Remedial exams : 9-22 Julai 2008
  • Cuti seminggu pre-SP: 22-27 Julai 2008
  • SP (4 minggu): 28 Julai- 23 August 2008
  • Cuti seminggu post-SP: 24-31 August 2008
  • Semester baru: 1 September 2008

Msg dari En Jazman: "..saya pohon supaya pelajar-pelajar belajar bersungguh-sungguh supaya dapat lulus semester biasa kerana dibimbangi JPA mungkin mengkaji semula keputusannya membayar SP sekalipun kepada pelajar-pelajar yang gagal."

Sunday, June 22, 2008

Kertas Kerja Usul Menaikkan Biasiswa dan Bayaran Yuran SP Secara Lansung.

Dimaklumkan setelah berbincang dengan wakil JPA Jakarta, En Jazman, UMSA akan membuat kertas kerja untuk dua perkara iaitu:
1. Bayaran yuran SP secara lansung kepada pihak universitas (bagi student yang tidak lulus subjek)
2. Usul menaikkan biasiswa pelajar di Jakarta dengan bertambahnya kos hidup di Jakarta berikutan kenaikan BBM.

Survey awal akan dilakukan bagi memantau keperluan kedua-dua perkara di atas.

Thursday, June 12, 2008

JADUAL AKADEMIK SEMESTER 2 2008

Pembahagian Lembar Rencana Studi
8 Agustus 2008

Batas Penyerahan Daftar Calon Penerima Biasiswa Prestasi
15 Agustus 2008

Pendaftaran KRS untuk Mhs Angkt. >2002 :
Konsultansi PA & pendaftaran KRS
11-20 Agustus 2008
· Batas Akhir Bayar BPP ke Rekening
20 Agustus 2008

· Pengambilan Kartu Studi di BAA/FK
29 Agus-18 Sept 2008

Diet Natalis UKRIDA ke 42
20 Jan 2009

Pengenalan Studi Mahasiswa Baru
19-30 Agustus 2008

Pembukaan Awal Kuliah 08/09
1 September 2009

Batas Cuti
19 September 2008

Batas Mundur Mata Kuliah
10 Oktober 2008

Wisuda
25 Oktober 2008

Libur Idul Fitri
29 Sept-04 Okt 2008

Perayaan Natal (UKRIDA)
22 Desember 2008

Libur Natal & Tahun Baru
23 Des 08 – 3 Jan 2009

Kebaktian & Perayaan Tahun Baru 2009
05 Januari 2009

Ujian Akhir Semester
06-19 Jan 2009

Tanggal akhir Nilai Masuk TU
28 Januari 2009

Mulai Pembahagian KHS
06 Februari 2009


*Jadual sebenar cuti dan perlansungan Semester Pendek (SP) belum dapat tetapi perkiraannya buat batch 2006/2007 adalah seperti ini:

Habis modul terakhir semester: 5 Julai 2008
Cuti Seminggu before remedial: 6-13 July 2008
Remedial exams : 14-19 Julai 2008
Cuti seminggu pre-SP: 20-27 Julai 2008
SP (4 minggu): 28 Julai- 23 August 2008
Cuti seminggu post-SP: 24-31 August 2008
Semester baru: 1 September 2008

UKRIDA di Berita Harian: Penjelasan ringkas Dekan

(Berita Harian, Jumaat 13 Jun 2008)
JPA iktiraf Fakulti Kedoktoran Ukrida
PENGURUSAN Fakulti Kedoktoran, Universiti Kristen Krisda Wacana (Ukrida), Indonesia, ingin memberi penjelasan berhubung aduan ‘Wakil Bakal Doktor Ukrida’ meminta JPA mengkaji balik pengiktirafan Ukrida pada 3 Jun lalu.

Untuk pengetahuan, kemudahan pendidikan disediakan di Ukrida adalah mengikut peraturan Persatuan Institusi Pendidikan Kedoktoran Indonesia dan Kementerian Pendidikan Tinggi Indonesia.

Fakulti Kedoktoran Ukrida sudah menjangkau 41 tahun dan alumni doktor mencapai lebih 1,000 pengamal perubatan pada 2008. Pengajar di Ukrida memenuhi piawaian ditetapkan Kerajaan Indonesia dan alumni Ukrida ramai yang bekerja di luar negara seperti Jerman, Amerika Syarikat, Australia, Filipina dan Malaysia. Pengunaan Bahasa Inggeris tidak pernah dilarang, malah diamalkan selain diajar di Ukrida.

Berikutan aduan itu, Rektor dan Dekan Fakulti Kedoktoran Ukrida pada 9 Jun lalu mengadakan pertemuan dengan perwakilan JPA dan Mara di Indonesia dan memutuskan tidak ada masalah besar dalam sistem pendidikan di Fakulti Kedoktoran (FK) Ukrida. Ukrida sentiasa memberi kesempatan kepada pelajar FK Ukrida, sama ada tempatan atau antarabangsa untuk berbincang dengan dekan, timbalan dekan Unit Pendidikan Perubatan dan penasihat akademik mengenai sebarang masalah yang timbul dalam tempoh pengajian.

DR MARDI SANTOSO,
Dekan Fakulti Kedoktoran Ukrida Jakarta, Indonesia.

Friday, June 6, 2008

Message dari Mr President

Saya mewakili pelajar perubatan di Universitas Kedokteran Kristen Krida Wacana (UKRIDA) mengambil peluang ini untuk menjelaskan dakwaan-dakwaan yang tidak tepat dan tidak berasas yang dinyatakan oleh ‘wakil bakal doktor Ukrida’ dalam suratnya yang bertajuk ‘JPA elok kaji balik pengiktirafan Ukrida’. Kami, pelajar Ukrida amat tidak bersetuju dengan kenyataan yang dikeluarkan serta amat meragui kesahihan sumber surat dan pandangan peribadi tersebut kerana tidak disertakan nama sebagai sumber rujukan terhadap masalah yang berlaku. Malah, kenyataan yang berbaur fitnah dan emosional semata-mata ini bukan sahaja ibarat menconteng arang di muka sendiri tetapi juga merosakkan masa depan semua pelajar jika pihak JPA benar-benar menarik pengiktirafan Ukrida.

Saya sangat bersetuju dengan pendapat saudara Fikri berhubung surat beliau yang menyatakan dakwaan ‘wakil bakal doktor Ukrida’ adalah tidak berasas. Saya tidak nafikan tiada masalah yang berlaku di Ukrida, namun kenyataan tentang permasalahan Ukrida tersebut adalah amat tidak relevan. Memang ada sebahagian pelajar 2007 belajar di ruang makmal dan ruangan Ukrida agak terbatas. Akan tetapi, hal ini bukanlah sepanjang waktu perkuliahan seperti yang didakwa dan terjadi kerana proses penukaran pembelajaran antara sistem kurikulum lama dan sistem kurikulum baru berdasarkan ‘problem based learning (PBL)’ masih berjalan dan terdapat pertindihan jadual berkenaan waktu penggunaan dewan kuliah. Tambahan pula, Ukrida sedang dalam proses membangunkan hospital sendiri yang dilengkapi dengan ruangan kuliah.

Berhubung dengan sistem baru berdasarkan blok, sistem ini telah disusun dengan pembahagian blok iaitu teori perubatan selama tiga tahun setengah yang meliputi 30 blok dan klinikal selama satu tahun setengah yang meliputi 14 blok dan tidak timbul di sini isu pembahagian blok yang tidak teratur, malahan blok ini telah diluluskan oleh sistem pendidikan kedoktoran di Indonesia. Pembahagian jadual pembelajaran telah dilakukan seawal permulaan blok. Akan tetapi, di Indonesia, pensyarah yang juga merupakan seorang doktor kadangkala terpaksa menghadapi kes-kes perubatan yang tidak dapat dielakkan (emergency) sehingga terpaksa menunda kuliah. Saya tidak menyangka sama sekali timbul isu bahan kuliah yang tidak sesuai, ini kerana kejadian ini buat pertama kalinya berlaku dan pensyarah tersebut telah meminta maaf di atas kesilapannya.

Berhubung dengan dakwaan bahawa adanya konspirasi berkenaan ujian ulangan yang tidak dilakukan oleh pihak universiti, perkara ini adalah tuduhan yang tidak berasas. Saya sendiri selaku pelajar tahun 2006 yang mengikuti ujian bedah tersebut mengakui sememangnya terdapat ralat dalam pembahagian soalan, akan tetapi soal tersebut masih meliputi bahan kuliah yang diajarkan. Isu kekurangan pensyarah timbul hanya untuk sesetengah subjek yang memerlukan pakar contohnya seperti bedah, akan tetapi pihak universiti telah menampung kekurangan ini dengan menjemput tenaga pengajar dari universitas kedoktoran lain seperti Universitas Indonesia dan pelajaran bedah berjalan tanpa masalah.

Praktikal mikrobiologi awalnya dibahagikan 2 kelompok. Akan tetapi , di atas permintaan pelajar sendiri terutamanya pelajar Indonesia, praktikal tersebut digabung dan pelajar terpaksa berasak-asak. Berkenaan ujian yang dijalankan, pihak universitas sangat tegas tentang larangan meniru ketika ujian berlangsung. Ini kerana, pelajar yang meniru akan dikenakan penggantungan dan boleh dikeluarkan dari universiti. Para pelajar disini langsung tidak dikenakan sebarang larangan terhadap penggunaan bahasa Inggeris sewaktu perbincangan dan laporan tugasan. Malahan, sesetengah pensyarah ada yang mengajarkan bahan kuliah dalam bahasa Inggeris.

Secara keseluruhannya, sistem pembelajaran di Ukrida adalah bagus dan tidak mempunyai masalah. Dengan sistem ini mampu menghasilkan doktor yang berilmu dan berkualiti, dengan syarat pelajar sendiri berusaha dengan gigih. Yang pasti, artikel yang di hantar ke akhbar Berita Harian adalah berbaur emosional dan banyak kenyataan yang dikeluarkan adalah tidak berasas sama sekali.

Zulhafiz Mokhtar
Presiden

Thursday, June 5, 2008

Well Responded.

Berita Harian, 6 June 2008.
Dakwaan pelajar perubatan Ukrida tidak berasas

SEBAGAI pelajar perubatan di Universiti Kristen Krida Wacana, (Ukrida) Jakarta, Indonesia, saya ingin mengulas mengenai surat ‘Wakil bakal doktor Ukrida’ yang disiarkan ruangan ini, 2 Jun lalu. Bagi saya pengadu sebenarnya cuma mencari alasan memburukkan tempat beliau belajar, sedangkan keadaannya tidaklah seperti digambarkan. Saya tidak pasti apa motif pengadu, mungkin dia gagal dalam ujian yang diambil atau kecewa kerana ditempatkan di universiti berkenaan. Sebenarnya penuntut perubatan tidak dibebani masalah ketika belajar di Ukrida. Memang benar, pelajar menggunakan sistem pembelajaran mengikut blok dengan setiap blok ada sistem mengikut tubuh manusia. Sistem ini sudah lama diamalkan universiti di Malaysia yang menawarkan jurusan perubatan. Mengenai penggunaan bahasa Indonesia, saya mendapati nota yang diberikan pensyarah disediakan dalam Inggeris dan ramai pensyarah boleh berbahasa Inggeris dengan baik. Sehubungan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak perlu mengkaji kembali pengiktirafan Ukrida tetapi mengkaji kembali syarat untuk pelajar yang dikirim ke Ukrida. Mungkin JPA boleh menyediakan soalan psikologi untuk memastikan pelajar yang dihantar ke luar negara boleh menyesuaikan diri dengan budaya dan cara hidup masyarakat di negara itu dengan baik.

FIKRI HASSAN,Ukrida, Jakarta, Indonesia.

Belajar di UKRIDA, budaya Indonesia, Sistem PBL.

Berikutan tindakan yang naive oleh salah seorang daripada kita, nama UKRIDA somehow dah agak popular di Malaysia. Parents, pak cik mak cik, kakak abang banyak yang bertanya, "Betul ke sampai macam tu sekali?", "So korang exam tiru meniru la?", "Balik Malaysia jadi doktor boleh ke ni kalau lecterur pun taktau apa?", etc.

Mungkin intention awal si Wakil Bakal Doktor tu baik kot, tapi tengok la apa yang jadi kalau kita buat benda mengikut perasaan sangat, kita kat sini yang susah. Honestly saya sgt kecewa la dengan tindakan dari kita macam ni yang terlalu drastic, dan melukai ramai pihak khasnya Dr Gunawan sebagai bapa angkat kita. Banyak kali saya assure kan kat Dr Gunawan yang kita bukan macam Bandung dulu nak tak fikir panjang kalau ada masalah terus nak keluar paper and bagi idea buruk kat orang Malaysia tentang keadaan kita kat sini, kat UKRIDA I told him we more like a family, kita boleh bincang and try to improve things, juniors semua pun ok that Ive told them kalau ada apa-apa masalah kita discuss and everyone seems ok, tapi bila jadi macam ni tiba-tiba ada yang hantar artikel surat macam tu kat Berita Harian, benda ni sgt sgt mengecewakan saya la. Sure Dr Gunawan feel just the same, dia dah usaha nak dapatkan pengiktifan UKRIDA macam lebih 10 tahun dah tapi sebab ada salah seorang dari kita yang ikut perasaan sangat, benda macam sgt terancam dan nasib semua budak-budak uni pun macam somehow tercalar.

Orang mula question eligibility kita pelajar Malaysia yang belajar kat sini, walhal kita semua belajar teruk-teruk, exam susah payah, sekarang oleh sebab satu surat oleh org yang nak ikut perasaan, orang kat Malaysia, kawan-kawan, kenalan, jiran-jiran, kawan seperjuangan belajar Medic kat Malaysia, dan orang umum, nurse ke, doktor-doktor ke, semua yang terbaca artikel tu dalam Berita Harian, dan mula ragu-ragu dgn kita keluaran UKRIDA khasnya. Tambah sedih lagi dekat parents kita, jiran-jiran misalnya tanya betul ke benda-benda macam ni berlaku (ye lah dalam artikel tu tulis semua macam orang bodoh di sini), sgt kesian la everytime nak jawab and deny anak diorg memang belajar betul betul nak jadi doktor yang baik.

Saya cuba setiap kali nak fikir dan taknak salahkan 100% pada si penulis, ye la mungkin ada good in it dan macam biasa la kalau kita marah kadang-kadang kita susah nak nampak benda yang baik though macam dia depan mata kita kan. Mungkin pertama sekali si Wakil Doktor nak cuba step up being the person yang cuba nak selamatkan lagi ramai pelajar Malaysia supaya tak di-spoilt up bila dihantar ke UKRIDA dengan various problems happening dari point view mata dia, maklumlah maybe sebab kita kan macam universiti yang baru diiktiraf, so mungkin dia fikir he/she can still do something for good. Tapi, benda bukan boleh nak setelkan macam ni je dik. I dont want to deny that theres loads of problems and weaknesses happening in our campus, tapi masalah ni bukan sesuatu yang local, banyak jugak berlaku kat tempat-tempat lain kat dunia, dan pada pendapat saya UKRIDA dah macam sangat bagus (compare to other local uni in Indo), sebab they are like always put effort to become a better medical school (mungkin agak slow tapi progress tu sangat menonjol banding uni-uni lain), tapi diorg dengar apa yang kita cakap, its just some problems yang kita lihat dari mata kita (benda yang sgt obvious lain dari budaya kita kat Malaysia), macam hal meniru, bising kat kelas atau library, and few others tu macam masalah budaya kat Indonesia ni dah, bukan je jadi kat UKRIDA, kat mana-mana pun tho kat Universiti terbaik kebanggaan orang Indonesia Raya ni pun benda-benda ni berlaku jugak. Perkara ni susah nak ubah di mata diorg sebab diorg pun macam dah tak sensitif dengan benda ni. Kan bila kita dah kata budaya, kadang-kadang budaya yang tak elok pun kita buat sebab dia macam dah kebiasaan so jadi susah nak nampak salah tapi bukan bermakna kita setuju dgn diorg, kita ambil yang baik, yang tak elok biarkan je la. I can be a little racist kot, tapi lantak la kat Indonesians kalau diorg nak tiru jadi doktor yang graduated sebab meniru, dan perlu ditekankan jugak disini soal meniru ni pun bukannya dibenarkan kat UKRIDA, lecterurs semua buat larangan keras and bila time exam pun diorg jaga betul2, cuma kalau ada dari diorg yang meniru, kita jgn la ikut, kita buat la baik-baik dan this what happened for the past 3-4 years amongst the Malaysian in UKRIDA pun, takde masalah pun. This is how I see things personally la.

Sebenarnya bukan nak condemn habis-habisan kat UKRIDA dan universiti lain kat Indonesia ni, diorg kat sini sebenarnya sangat pandai individually. Doktor yang mengajar kita kat uni semua hebat-hebat, pakar-pakar terbaik Indonesia. Dah nak masuk third year Im here, what I feel towards Indonesians and Indonesia is that they actually have all the skills and knowledge, tapi disebabkan system diorg yang macam tak betul, people suffering out of it, and ramai orang jadi lebih penting diri sendiri, semua benda fikir nak duit je, moral macam jadi sgt kurang la as one of the complications. Contoh kecik yang boleh kita lihat macam hal lack of moral values yang sgt obvious seperti buang sampah merata-rata, tiru meniru kat ujian, jadi doktor yang lebih kepada commercial thinking, diorg rasa benda ni macam remeh padahal kalau kita as Malaysians benda-benda ni walaupun kecik, tapi sgt penting dalam membentuk seorang individu.

Masalah sistem pembelajaran Problem Based Learning (PBL) atau kita panggil sistem modul yang baru diperkenalkan kat UKRIDA, yang kita complaint belajar cepat, exam byk, tak cukup masa, benda-benda ni macam semua daripada kita rasa(batch 2006 dan 2007), constant assessment sepanjang semester dengan exams dan exams, sangat pressure, kawan-kawan cakap pressure, dosen-dosen pun cakap pressure nak kena ajar banyak semua (lagi la kita pun tambah pressure), tapi buat pengetahuan semua benda ni bukan sesuatu yang baru dalam dunia medical school, ssitem ni mmg dah ada pun, bukan diorg saja try nak invent kat Indonesia. Saya sendiri pun dulu awal-awal sangat-sangat pressure (still lagi. hehe) dan sangat macam sumhow rasa marah dan kecewa la bila dosen kita pun cakap the system macam ridiculous, tak cukup masa nak ajar, apalagi nak belajar dan hafal, dan rasa macam sistem ni mmg tak betul, dan marah jugak kat JPA how can diorg saja-saja bagi kami datang sini jadi bahan experimen sistem belajar baru kat Indonesia yang mmg tak masuk akal, etc. Tapi bila dah agak lama kat sini baru saya tau yang sebenarnya sistem ni bukan sistem baru atau sistem Indonesia yang baru diorg reka kat sini, sistem ni dah lama diguna pakai kat banyak medical schools lain di dunia seperti kat Australia, India, dan juga negara tercinta kita Malaysia. Dari situ pun saya mula buat comparement la dari satu uni ke satu uni, betul ke macam ni cara dia, sebab I was wondering macam mana I macam asyik tekanan banyak dengan class terlalu byk and bahan belajar banyak with this system going on. I later found that kat uni-uni lain, macam kat Jogja's Univ. Gadjah Mada atau kat univ. Bali pun, or kat Monash Univ. kat Australia maupun private-private univ. kat Malaysia, tho diorg pakai sistem PBL/Modul, kelas diorg tak banyak sebab kat those univ., diorg betul-betul apply cara belajar mandiri. At some univ., diorg kelas satu hari cuma 3-4 jam, lecterur masuk bagi lecture pasal suatu benda contoh kalau module Musculoskeletal, lecterur doktor pakar tua masuk cakap-cakap pasal penyakit-penyakit musculo and pengalaman dia sikit, then kuar. Students macam sgt self-centered kena cari sendiri all the basics semua dalam buku or internet kat rumah sebab bila ujian dia boleh kelauar apa saja berkaitan dgn musculo dari basic-basic. Kadang pakar terer-terer masuk cakap pun diorg tak paham sebab dia takde ajar basic-basic stuff, tu kena pandai-pandai cari sendiri kat rumah before lecture. Some univ. kat Malaysia macam my friends belajar all the theories dalam masa 2 tahun, sgt gila-gila pack and at the end of the forth semester diorg ujian semua. Ada lagi some univ. macam-macam lagi. At that point, I somehow rasa bertuah masuk UKRIDA. Sini system PBL tu masih baru, so diorg still macam takley nak adapt, still nak 'suapkan' semua the ilmu masuk mulut kita, that explains massive classes yang kita ada all week. Kalau macam student like me, honestly benda ni sgt bagus la dat kita kena suap, just pegi kelas bukak mulut, dosen ajar dari A to Z. Be honest je la, kalau nak tunggu belajar sendiri je all basics, macam univ. lain, sure I gonna kantoi and maybe few others pun ikut serta.

Tapi tak lupa la mmg byk masalah still berlaku sekarang sebab dorg baru switch ke system baru, jadual-jadual, and sebab budaya diorg yg mmg agak lemah kalau bab-bab macam being more systematic, and sebab system ni require that particulars, diorg jadi gelabah la. Tapi maybe sebab mmg rasanya its what we called 2nd-Semester Syndrome, kita baru nak adapt dgn cara belajar baru yang mmg lain dari cara belajar kita dulu, kena belajar cepat, focus, and tahan pressure exams yang banyak all semester, then tiba-tiba tambah pulak masalah ridiculous tgk lecterur exam lambat giler la, org budak-budak bising la, ridiculous benda jadi macam tak profesional tertukar kertas exams la, and lagi sebel kita belajar penat-penat then some Indonesian students yang merapu-merapu geng geng bising tak belajar tiru-tiru then dapat result ok jugak, mmg la kita meletupp! Its 2nd-semester syndrome, dun worry, dulu pun kitorang senior pun jadi jugak. Tapi macam I mentioned earlier, diorg ni skills ada, cuma implementation masih lemah dan boleh dibaiki.

OK, dah bebel panjang dah, cukup dulu buat kali ni. Actions has been taken la nak address benda ni macam Mr president UMSA dah hantar explanation letter kat JPA, and ada lagi la explanations kita dah buat dgn phone callled semua, hopefully things akan jadi ok lepas ni. Just jangan dah la kita ikut perasaan, jgn buat benda tergesa-gesa sebab nanti macam akan boleh buat kita selfish dan susahkan org lain. Kita guna cara yang betul, complain cara yang lebih betul dan kita go as a team. Saya akan usahakan website ni supaya boleh jadi medium yang lebih aktif utk suara-suara kita yang sihat dan membina ke arah menguatkan lagi komuniti pelajar Malaysia UKRIDA disamping kita sentiasa berusaha menjadi keluaran doktor yang baik dan berkebolehan, deny org cakap kita nampak macam org bodoh and everythyng. Jadi nasihat untuk diri sendiri dan orang lain, kita ambil opportunity belajar kat tempat orang, tgk dan belajar budaya diorg, tapi point utama kita apply apa yang baik, tinggal dan sedar apa yg buruk dan secara tak lansung menjadikan kita a better person.

Rizal Abd Rahman,
Vice-Pres I.

Dari Wakil Bakal Doktor UKRIDA

Buat simpanan, ini adalah surat yang menjadi kontroversi yang telahpun dikirim oleh salah seorang daripada kita di UKRIDA kepada akhbar Berita Harian di Malaysia keluaran 2 June 2008. Niat baik, cara naive dan salah? Sila beri komen masing-masing.

Berita Harian, 2 Jun 2008.
"JPA elok kaji balik pengiktirafan Ukrida

SAYA adalah pelajar perubatan Universiti Kristen Krida Wacana (Ukrida), Jakarta, Indonesia. Universiti ini adalah sebuah universiti swasta dan mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Majlis Perubatan Malaysia (MMC) beberapa tahun lalu. Namun begitu, pada dasarnya universiti ini pada pandangan saya tidak layak diberi pengiktirafan dan bingung bagaimana pihak JPA dan MMC boleh menyenaraikan universiti ini sebagai satu universiti perubatan yang diiktiraf di Indonesia. Ada pelbagai masalah yang kami hadapi di sini, antaranya:

Jumlah pelajar yang ramai tetapi universiti terlalu kecil sehingga tidak mampu menampung semua pelajar. Contohnya pelajar 2007 ada sebahagian yang terpaksa belajar di makmal sepanjang masa kerana kekurangan ruang kuliah. Pelajar menggunakan cara pembelajaran sistem baru 'Problem Based Learning (PBL)' menghadapi masalah lebih besar kerana pihak universiti gagal mengeluarkan jadual pembelajaran yang teratur. Mengikut sistem baru ini, pembelajarannya adalah mengikut blok dengan setiap blok ada sistem mengikut tubuh manusia. Namun kerana sistem ini masih baru, pelajar 2006 serta 2007 dianggap sebagai bahan eksperimen, maka sering kali pelbagai masalah timbul seperti pembahagian blok tidak teratur sehingga ada bahan kuliah untuk blok sebelumnya terpaksa dimasukkan ke blok yang akan datang.

Jangka waktu untuk setiap blok adalah terlalu singkat sedangkan bahan yang harus dipelajari adalah terlalu banyak.
Pihak universiti mengambil mudah masalah ujian dan penjadualan. Pensyarah sering kali tidak menepati jadual dan datang sama ada lewat sejam atau terlalu awal. Perubahan jadual ujian atau perkuliahan tidak diberikan notis dan sering pemberitahuan hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) atau dipesan kepada pelajar. Yang paling ketara apabila ada kesalahan pemberian soalan ketika ujian, membabitkan pelajar 2006 diberi soalan ujian pelajar 2004 dan kesalahan itu disedari oleh pensyarah. Mereka menjanjikan untuk mengadakan ujian semula tetapi sungguh memeranjatkan apabila markah untuk ujian itu keluar beberapa minggu selepas ujian. Apabila ditanya mengapa tidak dilakukan ujian semula, pihak pensyarah menjawab ada ramai mahasiswa yang lulus ujian itu walaupun pada hakikatnya ramai mahasiswa yang gagal. Hal ini membuatkan kami curiga adakah pihak universiti cuba untuk mengambil keuntungan kerana kami harus mengambil semester pendek kerana bayaran untuk semester pendek terlalu mahal.
Selain itu pihak pensyarah juga tidak tegas ketika ujian dilakukan dan setiap kali ujian, masalah meniru antara satu sama lain didapati berleluasa.

Universiti ini juga berkurangan tenaga pengajar. Sering kuliah pelajar 2005 terpaksa dibatalkan terutama untuk subjek Ilmu Bedah kerana pensyarah harus mengajar pelajar 2006. Disebabkan kekurangan tenaga pengajar juga, latihan praktikum mikrobiologi tidak pernah dibahagikan kepada kumpulan dan hampir 170 pelajar disumbatkan dalam ruang makmal menyebabkan suasana tidak kondusif untuk belajar. Malah sering ujian untuk Mikrobiologi juga dilakukan di dalam satu ruang kuliah kecil dengan jarak antara pelajar hanya satu kerusi.

Ada pelbagai lagi masalah yang dihadapi penuntut Malaysia di sini, selain terpaksa belajar semuanya di dalam bahasa Indonesia dan bahasa Inggeris seperti diharamkan terutama ketika membuat tugasan dan perbincangan. Kami kecewa kerana pengurusan JPA dan Mara tidak menyelidiki dulu sebelum menghantar pelajar ke sini. Sungguh menyedihkan apabila melihat bakal doktor di sini seperti orang bodoh, tidak tahu apa yang dipelajarinya terutama yang menggunakan sistem PBL, pelajar bingung, pihak universiti pun bingung. Saya mengharap pihak terbabit mengkaji semula tindakan menghantar pelajar perubatan ke Indonesia terutama membabitkan universiti swasta. Jangan kerana ingin meramaikan jumlah doktor di Malaysia, kualiti doktor terabai.

WAKIL BAKAL DOKTOR UKRIDA, Jakarta, Indonesia. "

Search