Tuesday, September 9, 2008

Majlis Berbuka Puasa UMSA 2008!


Majlis Berbuka Puasa Keluarga UMSA 2008

Seperti biasa, pada tahun ini UKRIDA Malaysian Students' Association (UMSA) akan mengadakan satu majlis berbuka puasa seluruh ahli keluarga UMSA yang kian tahun kian bertambah ahlinya.
Selain majlis ini merupakan majlis gala yang akan mengumpulkan hampir 250 ahli keluarga UMSA yang ada, ia juga merupakan majlis pertama bersama adik-adik baru kita daripada angkatan 2008. Details tentang majlis berbuka puasa bersama ini adalah sepeti berikut:

Tempat: The Buffet, Lantai 4, Mal Ciputra
Tarikh: Khamis, 11 September 2008
Masa: 6.30pm-9.30pm*
Tema: Busana Muslim Muslimah
*Boleh datang awal untuk solat maghrib di surau CL atau solat terlebih dahulu di rumah.

Sesuai dengan ahli keluarga UMSA yang mencecah hampir 250 org tahun ini, pihak UMSA telah mengambil inisiatif untuk menempah tempat di restoran The Buffet bagi membolehkan kita semua mendapat tempat dengan selesa, dan menjalakan aktiviti-aktiviti dengan lancar.
Pelbagai aturcara menarik telah diatur bagi memeriahkan lagi suasana. Antaranya adalah tayangan video, persembahan pelajar, serta pemilihan peserta majlis dengan busana terbaik oleh juri-juri handalan dari setiap angkatan (Ketua juri: Sdr. Izzun Nasheef) dengan tema, "Busana Muslim-Muslimah".

Bayaran yang dikenakan untuk juadah "All you can eat" adalah Rp60.000 seorang. Ini sudah termasuk semua hidangan menarik Indonesian, oriental, western, seafood, steamboat, ice-cream, desert, juice, etc. Bagi melicinkan perjalanan program, bayaran bolehlah dibuat kepada wakil setiap angkatan selewat-lewatnya Rabu, 10 September 2008. [ 2005: Akmal; 2006: Afifah; 2007: Faiz & Nona; 2008: Shahfiz & Wahidah]

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saudara Zul Hafizi di 081808032658. Kami dahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih dan jumpa di sana!

0 comments:

Post a Comment

Search