Wednesday, September 3, 2008

Bandung Trip


Alhamdulillah pada 29 Ogos yg lalu satu trip ke Bandung telah pun diadakan. Walaupun pada awalnya berlaku beberapa masalah seperti adik-adik junior 2008 tidak dapat bersama-sama mengikut daytrip ini (orientation belum habis), ia tetap diteruskan dengan ahli rombongan seramai 25 orang pelajar masing-masing dari UKRIDA dan sebilangan kecil daripada Univ. Trisakti.



Antara destinasi yang dilawati adalah shopping dan makan tengahari di sekitar Jl Dago dan Jl Juanda, kota Bandung, lawatan ke ladang strawberry di Lembang, serta hotspring berdekatan dengan gunung Tangkuban Perahu.
Kami tidak bernasib baik kerana cuaca hujan semasa rombongan kami tiba di kaki gunung Tangkuban Perahu Kami kemudiannya tidak dibenarkan untuk terus ke puncak gunung melihat kawah kerana kawasan tersebut ditutup setiap kali cuaca hujan. Ini kerana air hujan yang acidic dapat bereaksi dengan sulfur dari kawah gunung berapi membentuk gas beracun yang bahaya kepada pengunjung.


Pengalaman ke kota Bandung, memetik buah strawberry di ladang, serta beristirehat didalam kolam air panas merupakan antara pengalaman manis peserta rombongan. Diharap program sebegini akan dapat dilakukan lagi pada masa yang akan datang.






0 comments:

Post a Comment

Search