Wednesday, September 10, 2008

Kriteria Busana Terbaik: Anugerah Taming Sari dan Seharum Kasturi

Pertandingan Busana Terbaik Majlis Buka Puasa UMSA 2008

Sempena Majlis Berbuka Puasa UMSA 2008 ini, antara pertandingan sampingan bagi menghangatkan perjalanan majlis ialah anugerah busana terbaik dengan nama Anugerah Taming Sari bagi lelaki dan Anugerah wanita Seharum Kasturi.

Beberapa orang juri dari setiap angkatan iaitu Sdr Izzun Nasheef (Ketua Juri), 2005: Shez, 2006: Izreen, 2007: Fendi, 2008: Fizzie.

Berikut adalah kriteria penilaian yang akan dinilai oleh team juri :

(i) Menutup aurat & sopan sempena bulan Ramadhan
(ii) Bergaya autentik dan keren [Cth: Baju Kurung Cakar Harimau Sumatera]
(iii) Pemilihan warna, tona warna senada, warna sedap mata memandang. [Cth: Satu Sut Baju Melayu Merah Mekar bak Bunga Mawar Berduri]
(iv) Aksesori menarik dan trendy
(v) Unik

Semoga pertandingan ini dapat memeriahkan lagi suasana pada malam ini disamping terdapat juga persembahan khas nanti.

KETUA JURI

0 comments:

Post a Comment

Search