Tuesday, May 13, 2008

UKRIDA di Piala Thomas!


PEMBAKAR SEMANGAT: Ketika pemain negara diejek sepanjang saingan di Istora Senayan oleh penonton tempatan, terdapat sekumpulan penuntut serta kakitangan Kedutaan Malaysia terus memberi perangsang kepada skuad negara, semalam.
(Berita Harian, 12 Mei 2008)

Thanks pada semua yg datang. Setelah usaha bertungkus lumus untuk mendapatkan tiket, beratur lebih 5 jam nak beli tiket, bertolak-tolak sana sini macam nak berperang, untung jugak ramai daripada kita di UKRIDA dapat tgk perlawanan Thomas Cup Malaysia vs South Korea semalam. Thanks sekali lagi atas sokongan hebat kepada team kebangsaan kita, dan ada yg bertungkus lumus sampai hilang suara semua.
Malaysia akan menentang Jepun di quarter final, Rabu 14 Mei 2008, pukul 1pm. Usaha mendapatkan tiket akan dijalankan lagi, tapi susah sgt limited. Bayangkan la atas kelemahan pihak penganjur, kita terpaksa beratur awal-awal kalau nak beli, bersaing dgn ribuan org, counter tiket yg bukak cuma lima, sorang limit beli 2 tiket je pun, so harap faham la kesusahan mendapatkan tiket ni. Harga tiket VIP Quarter Final adalah Rp 100k, tiket biasa Rp50k. Untuk quarter final ni, pihak embassy pun tak dapat tiket lagi, so jgn tanya la soal tiket free ada ke tak lagi. Kalau ada pun, dia bagi macam 40 tiket utk semua student satu Jakarta (bagi kat Anuar UIN), mungkin 2-3 je yg boleh dapat kat UKRIDA.
So, untuk yg betul2 berminat nak tgk, sila lah datang sendiri untuk beli tiket masing-masing, tapi kalau ada kesempatan untuk aku tolong beli kat korang semua, akan aku usahakan betul-betul.

0 comments:

Post a Comment

Search