Wednesday, May 14, 2008

Teruskan Semangat!






Sekali lagi terima ksih buat semua dari UKRIDA yg sama-sama menyokong buat Malaysia di Thomas/Uber Cup 2008 kt Istora semalam. Walaupun pada awalnya kita tak dapat seats yg baik utk support, dihimpit lagi oleh supporters gergasi Indonesia, tapi kehadiran kita tetap terasa. Untuk yg dah bertungkus lumus berjuang support utk Malaysia, terima kasih byk2 dan teruskan lagi semangat supaya kita sama-sama membawa Malaysia ke final!

Next game piala Thomas stage Semi Final adalah pada hari Jumaat, 16 May 2008, pukul 1.oopm, Malaysia Vs China. Ni game yg sangat important buat Malaysia dan adalah game tersusah sekali dalam tournament. Macam biasa siapa yg betul2 confirm nak pegi kena beli tiket kat stadium (sebab tiket yg nak dapat kat student pun takde berita lagi dari embassy and macam biasa sgt limited). Mungkin esok macam hari tu pagi-pagi kita akan hantar rombongan ke Istora utk dapatkan tiket. Indonesia juga bermain pada hari yg sama (tapi Indonesia main malam 6pm) so kita expect akan ramai org yg beratur jugak (since ni big game Semi Final) so kena la datang awal ye.

Harap kita boleh ramai-ramai datang ke Istora Senayan untuk game yg sgt penting dan sgt susah untuk Malaysia ni dan kalau kita boleh kalahkan defending champion dan favourite juara Thomas Cup si China ni, kita akan melayakkan diri ke Final. Suara dan sokongan kita sgt diperlukan! Mungkin sapa tau kalau Malaysia menang Thomas Cup tahun ni, kita akan jadi part of history la!:D

Quick details utk Malaysia's Thomas Cup Semi Final:

Lawan : China (First seed, Defending Champions, Fav Juara 2008)

Top Player : Single: Lin Dan (Age:24; World's No 1 2004-2006, regained his ranking as in the world from 2006 until now, after a short period of being ranked behind Lee Chong Wei in 2006)

Last Meeting : Since 2006, Malaysia World's No 2, Lee Chong Wei has won 2 times and lost 3 times against China's Lin Dan. Previous meeting in the Swiss Open Final 2008, Lin Dan overcome Chong Wei 21-13, 21-18.

Jadual Pertandingan: Jumaat, 16 May 2008, jam 13.00, Istora Senayan, Jakarta.

*Pesanan khas dari Yap Kim Hock, team Malaysia akan memakai baju Kuning esok, jadi diminta para supporters juga memakai baju Kuning dan membawa Jalur Gemilang utk sama-sama memberi sokongan padu buat team nasional kita.

Rizal Abd Rahman,
Vice Pres I

0 comments:

Post a Comment

Search