Sunday, October 25, 2009


Sempena pertandingan futsal yang akan berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad ini, kami dari Halaqah Jakarta (Biro Agama dan Pembangunan Insan) mengambil peluang untuk sama-sama kita bincang balik adab beriadah.
Ingat kawan-kawan, futsal itu sukan, sukan itu ibadah, dan tiada ibadah tanpa keredhaan Allah. Kami senaraikan sedikit sahaja, kita saling ingat-ingatkan.


1. Jom jaga aurat!
Lelaki dan wanita pastikan kita jaga pakaian yang sesuai. Paling penting sesuai menurut aturan tuhan. Lelaki awas akan seluar pendeknya dan wanita awas tentang lengan dan longgar bajunya.
2. Kita test siapa paling sabar!
Kita main ni untuk rapatkan ukhwah dan sihatkan badan. Badan yang sihat, petanda dari hati yang sihat. Jadi jangan cepat marah tau. Cool bro. Peace! =)
3. Takut ikhtilat!
Maksud ikhtilat paling ringkas, hubungan/ komunikasi /pergaulan antara bukan mahram yang Allah tak suka. Usahlah bertepuk tampar, pegang-pegang tangan dan sebagainya. Kita buat yang Allah suka je.

Kalau nak menang, minta pada Allah, Kalau nak minta pada Allah, ikut perintah Allah.
Selamat Berfutsal!
Nak test kuiz adab rekreasi/riadah? Klik sini.

0 comments:

Post a Comment

Search