Wednesday, December 17, 2008

PENGUMUMAN

Meeting UMSA bersama dekan

Salam

Alhamdulillah, setelah berhempas pulas meminta satu pertemuan dengan Dekan UKRIDA, Dr. Mardi, hasilnya beliau sudi meluangkan masa bersama untuk berdiskusi walaupun masa yang diberikan terlalu hampir. Antara perkara yang akan dibincangkan adalah permasalahan yang di alami oleh student Malaysia dan masalah-masalah yang berlaku pada sistem KBK.

Di harapkan agar mana2 student menyampaikan idea2 or masalah2 yang berlaku kepada ketua batch masing2. Butiran perjumpaan :-

Tempat : ruangan 303
Tarikh : 19 disember 2008
Waktu : 13.00 wib.

P/s : Harap mana2 student yang nak join bagi nama kat saya, coz ini permintaan dr Mardi dan bagi memudahkan diskusi.

Salam.
MOHD ZULHAFIZ BIN MOKHTAR

2 comments:

zack said...

salam...sape2 yg nk shout out idea n masalah kat sini pun takpe..just make it relevant n klo bleh bgtau how to handle/make it happen..insyaALLAH ktorg akan mention time meeting.

x-emriust said...

Hmm rasenye nk tnye satu persoalan..berkaitan remedial...knapa keputusan setiap exam yang kami buat diumumkan begitu lewat? Contohnya ujian Sosbud n Filsafat di Blok 1 diumumkan keputusan pada Blok 2. Adakah disebabkan oleh kesukaran nak semak kertas soalan mcm nk menyemak ujian SPM seluruh negara?? sedangkan para calon hanya 313 orang dan bukannye dosen tu baru 1st time menyemak ujian tu tentu die dah ade jawapan dalam kepalanya bukan?? Lagi pulak filsafat yang memeningkan itu hanyalah Plilihan Ganda(objektif), walhal komputer yang menyemaknya??? Rasenye semnggu pun dah selesai bukan?? Yang peliknye sekarang keputusan IKK dan IKM boleh pulak diumumkan 2 mggu lepas exam tersebut...hmm macam mana pendapat korng?? Satu lagi yang saya rasa membebankan paa mahasiswa bukan sahaja temen2 Malai tetapi juga seluruh mahasiswa Ukrida, yaitu kenapa ujian remedial yang dibuat seringkali bertindih tarikh dengan exam blok tersebut...? Ternyata ini membebankan kami yang terpaksa remed sebagai contoh, (rujuklah jadual pelajar 08 Blok 3) di Blok 3 Semester 1 ini, sesiapa yang remedial filsafat terpaksa mbuatnya pada pada hari Senin, dan jika ada yang terkandas IKM/IKK atau keduanya, terpaksa remedial pada hari Selasa untuk IKM dan rabu untuk IKK. Bagi saya kedua subjek ini sangat besar kandungannya dan tidak seharusnya dibuat remedial pada hari yang berdekatan dengan ujian blok ini, yaitu Ujian Biomol pada hari yang sama, yaitu Rabu, sebelum ujian remedial IKK. Sesungguhnya bagi kami2 yang remedial ini sangatlah berasa terbeban kerana kesannya mungkin terkena pada ujian Biomol kerana hanya sempat membaca gitu-gitu jer kerana telah penat ulangkaji filsafat dan IKK/IKM yang akhirnya mendorong mahasiswa Ukrida untuk menyontek(atau istilah lebih sopan-bertanya kawan sebelah/SMS jawapan) hmm...kalau di Malaysia jangan harap la semua ini berlaku, kualitinya begitu dijaga.....Jadi di sini ada beberapa usul yang jika ada kesudian pihak UMSA memanjangkan kepada pihak Dekan Ukrida:

> Sebolehnya tetapkan lah ujian remedial dibuat pada setiap awal bulan

> Keputusan ujian perlulah diumumkan kurang lebih 2/3 minggu selepas ujian..tidaklah perlu menunggu terlalu lama.

** Cuma terpikir adakah semua ini dirancang agar mahasiswa akan gagal memandangkan nilai standar adalah 56, dan jika gagal remed akan ke SP terus, dan perlu membayar 2 kali ganda...(uang juga masyuk dalam poket UKRIDA). Diharapkan pihak UMSA sudi memanjangkan pertanyaan ini. Terima kasih.

Post a Comment

Search