Sunday, November 2, 2008

M & M 2008

MIX & MATCH 2008



Pada 2 Nov 2008, satu program tahunan suai kenal antara senior-junior telahpun diadakan dengan jayanya.

Program yang melibatkan adik-adik baru dari angkatan 2008 dan diuruskan khas oleh kakak abang dari angkatan 2007 ini bermula sejak pukul 10 pagi dan berakhir kira-kira jam 615 petang.

Selain taklimat tentang beberapa perkara penting meliputi peranan UMSA dan khidmatnya untuk pelajar-pelajar Malaysia di UKRIDA, program ice breaking untuk tujuan merapatkan lagi hubungan abang-adik turut diadakan. Antara aktiviti program ice breaking adalah peserta diuji bakat kreatif/inovatif mereka dengan menjana idea serta mencipta device untuk sebiji telur supaya ia mampu memberi perlindungan yang sewajarnya apabila telur tersebut dilempar setinggi bangunan 3 tingkat.

Pada sebelah petang pula, satu aktiviti yang disebut "Amazing Race UKRIDA" berlansung dengan sangat meriah. Pelajar-pelajar telah dibahagikan mengikut kumpulan utk menyelasaikan tugas-tugasan di sepuluh check points berbeza.

Sememangnya program sebegini dapat merapatkan hubugan kita sesama sendiri di UKRIDA. Terima kasih kepada semua yang datang memberi sokongan .
(Fotographer: Zafran)

0 comments:

Post a Comment

Search