Saturday, November 22, 2008

Health Guarantee Letter dari JPA

Salam

Alhamdulillah, hasil permintaan mempercepat proses insurans pelajar JPA dgn En Jazman, pihak JPA bersetuju untuk membayar bayaran kesihatan pelajar JPA dgn guarantee letter dari JPA ( sebelum insurans siap sepenuhnya ) kepada Rumah Sakit yang berkaitan dengan syarat:
  • Student dengan rawat inap ( rawat jalan atau hanya pengambilan obat tidak dibenarkan )
  • Bayaran kesihatan melibatkan operasi atau kos yang besar.

Kepada student yg msuk rumah sakit, harap contact En Jazman atau saya secepatnya. Pesanan En Jazman kepada stdnt JPA “jagalah kesihatan korang sebaik-baiknya”. Untuk maklumat lanjut,sila contact Fahmi (ketua biro kebajikan).

Berkenaan pertemuan dengan Dekan yang akan dibuat, harap semua student menyuarakan masalah yang berlaku di UKRIDA kepada ketua batch masing2 secepatnya.

P/s : hasil pertemuan dengan Rektor di kampus 1, alhamdulillah, surau yang baru dah dapat ( lantai 3) dan sekarang sedang dalam proses renovation. InsyaALLAH dalam 3 minggu lagi siap digunakan. Wasalam.

MOHD ZULHAFIZ BIN MOKHTAR

Presiden UMSA

0 comments:

Post a Comment

Search