Wednesday, October 22, 2008

Keselamatan dan Logistik

Nik Azharuddin

Kejadian Pecah Rumah

Semua pelajar diminta supaya lebih berhati-hati dalam hal keselamatan harta benda dan rumah.

Baru-baru ini kita digemparkan lagi dengan kejadian kecurian di salah sebuah rumah pelajar junior 2008. Antara yang dilaporkan hilang adalah sebuah laptop dan sejumlah wang tunai sebesar Rp300 000.
Perkara ini masih dalam siasatan dan diharap semua dapat segera selesai.
Seluruh pelajar diminta supaya lebih berwaspada dan tidak cuai tentang perkara yang bersangkutan dengan keselamatan.
Perlu diingatkan, sekiranya kita cuai dan membuka peluang kepada orang lain untuk mengambil kesempatan, ini akan menggalakkan lagi kes kecurian di petempatan kita kerana insidens berlakunya kes seperti ini di metropolitan Jakarta adalah sangat tinggi.
Sebarang pertanyaan tentang hal keselamatan dan logistik boleh diajukan kepada Exco Keselamatan UMSA, saudara Nik Azharuddin Nik Azman di talian 081808473189.

0 comments:

Post a Comment

Search