Tuesday, June 2, 2009

Pengumuman!

Salam. Makluman buat semua.

  1. Sebagai susulan dari perjumpaan dengan Pak Goenawan berkaitan dengan MMC, En Jazman menjelaskan bahawa keputusan penuh dari pihak MMC akan diketahui dalam waktu yang terdekat ( 3 minggu lagi ) dan pihak JPA amat menyokong pelajar dengan menegaskan supaya tidak perlunya penambahan waktu Koskap. En Jazman berharap agar semua pelajar tidak bimbang dengan keputusan dari MMC dan dapat meneruskan kuliah seperti biasa.
  1. Berkenaan dengan ‘claim sp’ untuk pelajar JPA, JPA membuat guideline yaitu pelajar hanya berhak untuk ‘claim sp’ sekali sahaja sepanjang perkuliahan. Ini berikutan kerana ‘claim sp’ yang terlalu banyak diterima di bahagian kewangan bagi ‘claim sp’ untuk sem lepas. So, bagi sesiapa yang pernah ‘claim sp’ sebelum ni, possibility untuk dapat ‘claim sp’ lepas ni sngtlah susah.

    p/s : Kita masih mencuba untuk berbincang dengan En Jazman dan berharap agar keputusan yang dapat dicapai akan menggembirakan semua pihak khususnya pelajar JPA.

  1. Bagi sistem KBK, sp untuk bulan Ogos nanti, hanya subjek di semester ganjil sahaja yang akan dibuka yaitu untuk semester 3 dan 5 (berdasarkan sumber yang terkini ). Ini kerana pihak UKRIDA menukar sistem dengan membuat sp di setiap sem bagi sistem KBK. Keputusan tetap belum dicapai, akan tetapi kami akan cuba meminta agar pihak UKRIDA membuka sp untuk setiap sem bagi memudahkan pelajar membaiki nilai masing2.
  1. Berkenaan jadual sistem KBK, libur umum adalah sama dengan libur kampus 1 ( dari dr. wani ) tetapi, jadual blok adalah tergantung sem setiap batch. Secara umumnya, untuk cuti aidilfitri adalah tetap pada 19-26 september 2009. Bagi sesiapa yg nk balik, da boleh tempah tket raya, tp untuk sape2 yg nk cuti lebih masa, harap rujuk pd coordinator sem masing2.

    P/s : Untuk pertanyaan lanjut,boleh rujuk biro akademik dan koordinator sem masing2.

Mr. ZACK.

8 comments:

Anonymous said...

asmkm,
sy pelajar batch 2007,
nak sedikit clarification ttg sp tuh..
skang kitaorg sem 4,bes tu kalau nak buat sp untuk sem 1,2 tu plak,bila bleh bwat?

carzpariz said...

wslm..
berkenaan sp tuh, belum pasti lagi, masih belum ada kata putus, so wat masa ni ,kita tunggu dulu apa keputusan yang akan dicapai selepas rapat dosen nnti.. mudah2an semua sem dapat dibuka untuk SP. tapi kalau tak bukak pon, sp sem 1,2 leh diambil pada semester ganjil seperti yang dilakukan pada bulan 1 haritu..

Anonymous said...

xdr duit nk wat sp nk wat cmnr?

Anonymous said...

kal0 2008 nk wat sp tuk sem 1 caner..??
buln 8 xley ker..??ganjil gak 2 sem 1..

aswan kamal said...

ya allah..peningnye kepale aku. badan pulak dah panas2...ade sape2 ade panadol x? kalau ade, nak mintak sikit

Mr.zack said...

salam...
sekarang ni ktorg tgh push untuk bukak sp sem 4 and dr wani stuju utk bncgkn hal tu ngn dekan... then,ada batch 2007 mntak bukak sem 2 and insyaALLAH sy akan jmpa dr wani utk bncg hal tu..tp apa2 kptsan pun dpt tau lepas rapat2 antara dosen..tp sp tuk sem 1 dan 2 kmgkinan besar tak dibuka.

Utk yg takde duit,sy pun tak bleh wat pape,tp dr skrng da bleh stat menabung tuk sp ye...

Anonymous said...

ni psl cuti raya confirm seconfirm nya kah? maksudnya 18 malam sdh bole balik, 27 sept (ahad) baru balik sini balik? tlg jawab segera.. (hal raya sggh gembira...hehe)
akan ada perubahan utk cuti raya lagi kah?

Anonymous said...

btul2...raye2...cuti raye....btw cuti sem dijangka start bile? kapan sih? adakah libur lebaran dalam libur sem atau dua-duanya berasingan?

Post a Comment

Search