Wednesday, January 21, 2009

Ceramah Isu Palestin


Tirai tahun 2009 telah dibuka dengan tragedi yang amat pahit buat umat dunia, khususnya umat Islam. Bumi Palestin sekali lagi dihentam dan diganyang oleh Rejim Zionis Yahudi dan sekutunya. Tambah parah lagi, sekatan ekonomi dan makanan serta pemutusan elektrik di wilayah Gaza menyebabkan ribuan rakyat Palestina menderita. Tentera Israel laknatullah bahkan lebih buruk dari tentera Nazi, sentiasa membuak-buak nafsunya untuk memusuhi Islam terus menerus biarpun Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah bersuara agar mengadakan gencatan senjata antara tentera Hamas dan Israel. (rujukan: umsa09/01/06/03/1)




Pada 17 Januari 2009, seramai lebih 100 mahasiswa Muslim UKRIDA telah menghadiri Ceramah Isu Semasa anjuran Biro Agama dan Pembangunan Insan (API) UMSA di Masjid Nurul Hikmah, Tanjung Duren Selatan. Ceramah ini diadakan dengan kerjasama Pengurus Masjid dan Remaja Islam Masjid Nurul Hikmah (RISNHA) , yang menjemput penceramah khas dari Komite Nasional untuk Rakyat Palestina (KNRP), Ust. Heri Effendi, Lc. Seperti yang sudah maklum, pada tarikh tersebut telah dirancang program Talkshow berkenaan isu Palestin oleh PKPMI-CJ dan KUJ, namun atas beberapa hal program tersebut telah ditunda. Akan tetapi demi menghargai usaha dan niat murni mahasiswa Malaysia di Ukrida khususnya, suatu program berupa ceramah telah diusulkan oleh Birp API UMSA pada tarikh yang sama.

Ceramah dengan tajuk "Selamatkan Palestina " ini diadakan bagi memberi kefahaman kepada masyarakat khususnya pelajar-pelajar kita tentang isu-isu penting Palestin, berkaitan serangan Zionis Yahudi terhadap penduduk Gaza yang memuncak pada 27 Disember 2008 hingga mengorbankan lebih seribu orang awam sehingga hari ini.






Kempen Kesedaran 'Selamatkan Palestina'




Alhamdulillah , melalui aktiviti ceramah yang diadakan ini sedikit sebanyak telah berjaya menimbulkan kesedaran,kemahuan dan kemampuan pada individu yang hadir untuk bertindak rasional terhadap krisis kemanusiaan yang melanda Palestin.Oleh itu,kita sebagai umat Islam yang bersaudara seharusnya melakukan sesuatu buat saudara kita yang berada di bumi anbiya' itu seperti memberi sumbangan-sumbangan berupa harta dan wang yang sebaik-baiknya diiringi dengan doa.Selain itu,usaha memboikot produk keluaran Israel dan 'kuda tunggangannya',Amerika Syarikat seperti McDonald,Coca Cola,Starbucks,dan sebagainya wajar dilakukan oleh semua yang merasakan dirinya adalah seorang muslim.

Kutipan derma yang direncanakan untuk malam tersebut telah berjaya dijalankan dengan jayanya,iaitu dengan menerima kutipan sebanyak Sembilan Ratus Seribu Rupiah dan Empat Ringgit.

2 comments:

x'emriust said...

err pe mksud Sembilan Ratus Seribu Rupiah dan Empat Ringgit??

zulfadli-md aris said...

Rp.901.000 dan RM4 tu jumlah kutipan derma yang berjaya dikumpulkan pada malam tu..post artikel ni adalah bentuk laporan untuk info bersama

Post a Comment

Search