Tuesday, April 27, 2010
Talent Day 2010
Pada tanggal 25 April 2010 yang lalu, UMSA telah menganjurkan sebuah event yaitu Talent Day. Event yang dahulunya dipanggil Flair Nyte (anjuran UMSA batch 2005), kini dikepalai oleh saudari Raihana Asila Binti A Kadir dan dibantu oleh rakan-rakan batch 2007.
Bertempat di Auditorium Fakultas Kedokteran Kampus 2 UKRIDA, para hadirin diwajibkan untuk memakai pakaian sesuai dengan tema yaitu warna merah. Antara tetamu kehormat yang hadir adalah Pak Goenawan, Pak Jeffri (Mara) dan Pak Azmi (Mara). Terdapat 11 kumpulan yang mengambil bahagian dalam persembahan yaitu 6 menari, 4 menyanyi dan 1 pentomin drama.
Dibawah ini adalah beberapa gambar yang sempat diambil.
Pemenang pada Talent Day ditentukan 100% oleh pengundi yanitu semua penonton yang hadir. Pemenangnya adalah:
1st -- Pancasitara (2008)
2nd -- KDK (2007)
3rd -- IDC (2007)
4th -- BAD (07&09)
5th -- The Juliets (09)
Event ini berjaya mencapai objektifnya dengan mengeratkan hubungan silahturrahim antara para mahasiswa Malaysia di UKRIDA. Bakat2 yang sudah lama terpendam kini sudah keluar dengan bergayanya. Diharapkan pada tahun-tahun yang mendatang dapat dianjurkan event yang hebat seperti Talent Day dan juga Flair Nyte.
Wednesday, March 17, 2010
Wednesday, February 10, 2010
Kepada batch 2009: Surat Serah Kuasa
Kepada mahasiswa batch 2009 yang pulang ke Jakarta selepas tarikh pendaftaran (17 Mac 2010), perlu mengisi dan menghantar 'Surat Serah Kuasa'.
Surat Serah Kuasa ini akan diedarkan tidak lama lagi. Dalam surat serah kuasa itu, anda perlu untuk mencari tiga tandatangan, yaitu tandatangan anda sendiri, tandatangan teman anda yang akan tolong daftarkan diri anda, dan tandatangan P.A. (Penasihat Akademik).
Isi ruangan dalam surat itu dengan betul dan lengkap, dan cari tandatangan tu sampai dapat. Selepas sudah mendapatkan semua tandatangan, sila buat dua salinan fotokopi. Satu untuk diri anda, dan lagi satu untuk teman yang menolong anda.
Buat masa ini, sila bersabar kerana surat serah kuasa itu sedang dalam proses untuk diedarkan. Sila beri nama anda (yang pulang ke Jakarta selepas 17 Mac 2010) kepada Asydad Azaharrudin.
Selamat bercuti!
Sunday, January 24, 2010
UKRIDA (Bangunan Baru) hampir siap
Ni ada gambar latest, auditorium yang hampir siap. Auditorium ini akan digunakan untuk kegiatan ceramah, rapat, yusidium, dan kegiatan ilmiah ukrida aka kebaktian.
photographer : X'emriust Afif
Wednesday, December 30, 2009
Selamat Tahun Baru 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)