Wednesday, September 16, 2009

Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT)


Pengumuman!

Insya Allah pada malam 27 Ramadhan 1430H, Halaqah Jakarta akan mengadakan Malam Bina Iman dan Taqwa (MABIT). Bagi yang belum tahu apa tu MABIT, jom la sertai! Banyak manfaat yang kita boleh dapat bersama. Ia akan di adakan di Masjid Nurul Hikmah, Tanjung Duren Selatan (berhampiran kediaman pelajar Ukrida).Jangan lepaskan peluang misi mencari malam al-qadr kita!
Tentatif Program:
9.00 pm : Moreh / Tadarus
9.30 pm : Tausyiah
10..00 pm : Tarbiyah Mandiri / Tidur
2.30 am : Qiamulail
3.45 am : Sahur
4.30 am : Solat Subuh
5.30 am : Tadarus/Halaqah
6.00 am : Selesai
Anda hanya perlu membawa alas tidur, keperluan diri dan al-Quran sahaja. Bagi yang ingin menginfaqkan sedikit wang, sila berikan kepada mana-mana AJK Halaqah Jakarta. Muslimin sahaja.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

Farid Asyraf
+6281807085632
http://www.halaqahjakarta.blogspot.com/

Monday, September 7, 2009

AKTIVITI SEPANJANG RAMADHAN AL-MUBARAK

Bersempena bulan Ramadhan yang penuh barakah ini,Badan Agama dan Pembangunan Insan(API) telah mengadakan beberapa aktiviti yang bermanfaat. Berikut adalah butir-butir mengenai aktiviti-aktiviti yang telah dan akan diakan. Diharap semua pelajar dapat melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti ini.:)

1.Pengenalan Ihya' Ramadhan
Tarikh: 23/8/09
Waktu: 9.00 pagi
Venue: Masjid Nurul Hikmah

2. Iftar Ramadhan
Tarikh: 29/8/09
Waktu: 5.30 petang
Venue: Masjid Nurul Hikmah

3. Tadarus Al-Quran
Tarikh: sepanjang bulan Ramadhan
Waktu: selepas solat witir (wanita)
Venue: Masjid Nurul Hikmah(wanita)

4. Mabit
Tarikh: 15&17/9/09 (25&27 Ramadhan)
Venue: 25 Ramadhan-di Masjid Nurul Hikmah, 27 Ramadhan-di Masjid Bank I
Sasaran: semua mahasiswa

Narated By Abu Huraira : I heard Allah's Apostle saying regarding Ramadan, "Whoever prayed at night in it (the month of Ramadan) out of sincere Faith and hoping for a reward from Allah, then all his previous sins will be forgiven."
Shahih Bukhari.Volumn 003, Book 032, Hadith Number 226.

SELAMAT DATANG ADIK-ADIK

Rasanya masih belum terlalu lambat untuk mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada pelajar baru UKRIDA Medicine Faculty sesi 2009.



Seramai 46 orang iaitu 13 lelaki dan 33 perempuan pelajar tajaan MARA telah tiba di bumi Jakarta pada tanggal 18 Ogos yang lalu. Manakala seramai 14 orang pelajar tajaan JPA, iaitu 7 lelaki dan 7 perempuan tiba di Jakarta pada tanggal 27 Ogos 2009.





Diharap komuniti UMSA yang lebih berpengalaman dapat memberi bantuan dan sokongan kepada adik-adik dalam menyesuaikan diri dengan lingkungan baru di sini.

Search