Wednesday, January 21, 2009

Ceramah Isu Palestin


Tirai tahun 2009 telah dibuka dengan tragedi yang amat pahit buat umat dunia, khususnya umat Islam. Bumi Palestin sekali lagi dihentam dan diganyang oleh Rejim Zionis Yahudi dan sekutunya. Tambah parah lagi, sekatan ekonomi dan makanan serta pemutusan elektrik di wilayah Gaza menyebabkan ribuan rakyat Palestina menderita. Tentera Israel laknatullah bahkan lebih buruk dari tentera Nazi, sentiasa membuak-buak nafsunya untuk memusuhi Islam terus menerus biarpun Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah bersuara agar mengadakan gencatan senjata antara tentera Hamas dan Israel. (rujukan: umsa09/01/06/03/1)




Pada 17 Januari 2009, seramai lebih 100 mahasiswa Muslim UKRIDA telah menghadiri Ceramah Isu Semasa anjuran Biro Agama dan Pembangunan Insan (API) UMSA di Masjid Nurul Hikmah, Tanjung Duren Selatan. Ceramah ini diadakan dengan kerjasama Pengurus Masjid dan Remaja Islam Masjid Nurul Hikmah (RISNHA) , yang menjemput penceramah khas dari Komite Nasional untuk Rakyat Palestina (KNRP), Ust. Heri Effendi, Lc. Seperti yang sudah maklum, pada tarikh tersebut telah dirancang program Talkshow berkenaan isu Palestin oleh PKPMI-CJ dan KUJ, namun atas beberapa hal program tersebut telah ditunda. Akan tetapi demi menghargai usaha dan niat murni mahasiswa Malaysia di Ukrida khususnya, suatu program berupa ceramah telah diusulkan oleh Birp API UMSA pada tarikh yang sama.

Ceramah dengan tajuk "Selamatkan Palestina " ini diadakan bagi memberi kefahaman kepada masyarakat khususnya pelajar-pelajar kita tentang isu-isu penting Palestin, berkaitan serangan Zionis Yahudi terhadap penduduk Gaza yang memuncak pada 27 Disember 2008 hingga mengorbankan lebih seribu orang awam sehingga hari ini.






Kempen Kesedaran 'Selamatkan Palestina'




Alhamdulillah , melalui aktiviti ceramah yang diadakan ini sedikit sebanyak telah berjaya menimbulkan kesedaran,kemahuan dan kemampuan pada individu yang hadir untuk bertindak rasional terhadap krisis kemanusiaan yang melanda Palestin.Oleh itu,kita sebagai umat Islam yang bersaudara seharusnya melakukan sesuatu buat saudara kita yang berada di bumi anbiya' itu seperti memberi sumbangan-sumbangan berupa harta dan wang yang sebaik-baiknya diiringi dengan doa.Selain itu,usaha memboikot produk keluaran Israel dan 'kuda tunggangannya',Amerika Syarikat seperti McDonald,Coca Cola,Starbucks,dan sebagainya wajar dilakukan oleh semua yang merasakan dirinya adalah seorang muslim.

Kutipan derma yang direncanakan untuk malam tersebut telah berjaya dijalankan dengan jayanya,iaitu dengan menerima kutipan sebanyak Sembilan Ratus Seribu Rupiah dan Empat Ringgit.

Friday, January 9, 2009

Kempen Menentang Kekejaman Israel terhadap Palestin


UMSA bersama PKPMI Jakarta dan Kelab UMNO Jakarta akan melancarkan tabung ONE MAN ONE DOLLAR diatas tujuan membantu mangsa kekejama Israel di Palestin. Semoga usaha kecil kita ini akan diberkati tuhan dan sedikit sebanyak bermanfaat pada mereka di sana.

Diharap semua ahli UMSA dapat memberi kerjasama dan prihatin kepada mangsa jenayah dunia secara terang-terangan ini.

Thursday, January 8, 2009

Terkini : Jadual Akhir Semester Ganjil 2008/2009 UKRIDA

(sila 'double click' gambar untuk paparan lebih jelas)

Gambar menunjukkan jadual akhir semester ganjil 2008/2009 UKRIDA yang terkini. Harap semua pelajar dapat merencanakan perjalanan cuti dengan sebaiknya. Terima Kasih.

Izzun Nasheef
Exco Akademik UMSA 08/09

Wednesday, January 7, 2009

Sesi Pertemuan Bersama Dekan

  • Ketika membuat semester pendek, sekiranya jadual kuliah bertindih (bentrok), Maka pelajar harus meminta kebenaran dosen bagi subjek – subjek terbabit dan dari wakil dekan 1 iaitu dr Djab Hadi/ dr Herawati. Pelajar harus mengisi borang yang ada bersama wakil dekan 1.
  • Markah untuk nilai remedial mungkin akan di tingkatkan sehingga nilai B daripada nilai C sebelum ini (masih dalam perbincangan). Markah standard untuk lulus adalah ≥56 untuk ujian blok dan ujian remedial.
  • Mereka yang tidak mengambil Remedial masih dibenarkan mengambil semester pendek.
  • Semester pendek pada setiap sem (sedang diusahakan). Buat permulaan untuk akhir semester ini akan diadakan semester pendek untuk semester 1, 2 dan 3.
  • KBK : pelajar harus lulus semua mata kuliah dan bersih blok baru dapat diteruskan dengan KOSKAP
  • Jadual untuk Fakultas Kedokteran UKRIDA ada di wakil dekan 1. Sila rujuk wakil dekan 1 berhubung tarikh-tarikh penting seperti cuti semester, pendaftaran KRS, pengambilan KHS.
  • Tiada masalah stagnasi, dekan telah menjamin tempat buat pelajar Malaysia dan terdapat hampir 600 tempat yang masih kosong.
  • Untuk kurikulum lama, mahasiswa perlu mengikuti semua sesi kuliah dan ujian tepat masa kerana selepas 2010 tiada lagi kurikulum lama di UKRIDA
  • Pihak universitas dan pihak penaja (MARA dan JPA) sedang memantau mahasiswa yang terlalu kerap pulang dalam setahun. Untuk masa akan datang, Dekan hanya mengeluarkan surat pada cuti yang berlaku dalam fakultas dan dipersetujui oleh penaja.
  • Bilik skills lab dan mengubah keadaan dewan kuliah, akibat dari pihak UKRIDA akan membina hospital yang lengkap dengan kelengkapan ruang skills lab dan lecture hall yang baru, maka kita harus menunggu.
  • Daftar dan periksa keputusan online. Perkara ini telah diusahakan sejak lama , pihak universiti mengalami kesulitan untuk program yang sesuai buat sistem KBK ini.
  • Buku di perpustakaan akan diusahakan untuk ditambah bersesuaian dengan rasio pelajar.
  • Boleh menulis makalah PBL dalam bahasa Inggeris . Tetapi bahasa Indonesia tetap menjadi bahasa keutamaan! dan amat berguna untuk komunikasi ketika sedang KOSKAP.
  • Sekiranya terdapat kekurangan baki ketika membayar semester pendek kelmarin dapatlah bertemu dengan wakil dekan 2 ( dr Gracia).

Search