Monday, October 27, 2008

Pengumuman

Cuti Hujung Tahun 2008


Buat pengetahuan semua, daripada informasi yang diberitahu oleh Pensyarah Koordinator 2006, Dr Ninik, cuti Krismas pada hujung ini adalah dari tanggal
21 Dec 2008 (Ahad),
hingga
3 Januari 2009 (Sabtu).


Cuti semester pada bulan Februari pula dijangka bermula dari tarikh 6 Februari 2009 hingga 1 Mac 2009 (belum confirm).

Thursday, October 23, 2008

Agama & Pembangunan Insan

Ta'lim Pak Romy
Salam.
BiroAgama & Pembangunan Insan UMSA mengajak para pelajar muslim batch 2008 untuk menghadiri Ta'lim/ ceramah Khamis yang disampaikan oleh Pak Romy, seorang engineer dan juga penceramah lokal yang diundang oleh Masjid Nurul Hikmah.

Lokasi: Masjid Nurul Himah, Tg Duren Selatan
Masa: 8.15-930 malam

Taklim turut diadakan untuk batch-batch lain dari masa ke masa pada waktu yang akan diberitahu nanti. Terima kasih.

Atas: Gotong Royong anjuran Biro Agama UMSA membersihkan masjid Nurul Hikmah

Wednesday, October 22, 2008

Keselamatan dan Logistik

Nik Azharuddin

Kejadian Pecah Rumah

Semua pelajar diminta supaya lebih berhati-hati dalam hal keselamatan harta benda dan rumah.

Baru-baru ini kita digemparkan lagi dengan kejadian kecurian di salah sebuah rumah pelajar junior 2008. Antara yang dilaporkan hilang adalah sebuah laptop dan sejumlah wang tunai sebesar Rp300 000.
Perkara ini masih dalam siasatan dan diharap semua dapat segera selesai.
Seluruh pelajar diminta supaya lebih berwaspada dan tidak cuai tentang perkara yang bersangkutan dengan keselamatan.
Perlu diingatkan, sekiranya kita cuai dan membuka peluang kepada orang lain untuk mengambil kesempatan, ini akan menggalakkan lagi kes kecurian di petempatan kita kerana insidens berlakunya kes seperti ini di metropolitan Jakarta adalah sangat tinggi.
Sebarang pertanyaan tentang hal keselamatan dan logistik boleh diajukan kepada Exco Keselamatan UMSA, saudara Nik Azharuddin Nik Azman di talian 081808473189.

Monday, October 13, 2008

GFT 2008

GRAND FUTSAL TOURNAMENT (GFT) 2008

Pada hari Sabtu, 9 Oktober 2008, satu pertandingan futsal anjuran Biro Sukan UMSA telah dilansungkan dengan jayanya. Pertandingan yang diberi nama GRAND FUTSAL TOURNAMENT (GFT) 2008 ini telah disertai oleh tujuh team dari setiap angkatan.
Suasana turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran hampir 100 orang penyokong-penyokong setia dari setiap angkatan yang tidak serik-serik menyokong team masing-masing. Jualan makanan dan minuman turut diadakan bagi mengamatkan lagi suasana.
Dengan semangat kesukanan yang tinggi, setiap team telah berentap untuk menjadi yang terbaik seterusnya berhasrat menjuarai tournament dan menjulang piala UMSA. Berikut adalah keputusan GFT 2008.

Johan GFT: Team Samurai FC (2005)

Naib Johan: Team Dodol FC (2005)

Tempat ke-3: Team Mega Anggerek (2007)

Ke-4: Team Tart Gulung FC (2006)

Fruitea FC (2008)

Kramat FC (2007)

May May FC (2008)

Terima kasih juga pada para penyokong yang tidak letih lesu menyorak untuk pasukan masing-masing. Ini menggamatkan lagi suasana keseluruhan setiap perlawanan pada malam tersebut. Tidak kurang juga ini melipat gandakan semangat setiap pemain-pemain di gelanggang. Tahniah!

Atas kiri: Jualan minuman Extra Joss bagi menambah kekuatan pemain-pemain.

Atas kanan: Budak Milo bernama Halim dan Lee setia menjaga milo2nye dr di curi. Turut kelihatan hadiah-hadiah hamper dan piala pusingan yg menjadi rebutan setiap team yg bertanding.


Atas kiri: Penyokong-penyokong setia dari team Tart Gulung angkatan 2006 yang tidak serik-serik memakan kuih tart gulung sebagai lambang sokongan mereka.

Atas kanan: Penyokong setia dari angkatan 2006 Team tart gulung cuba membeli striker andalan dodol FC dgn harga rp 50k, tp ditolak oleh saudara faiz


Atas kiri: Penyokong-penyokong setia dari angkatan 2005 yang dikatakan Makyussss.

Atas kanan: Fan tart gulung FC yg "cacat" bernama HALIM :p dibelakangnya terdapat makhluk bergigi besar bernama Nash.. juga "cacat" seperti Halim.
Atas: Penyokong-penyokong dari angkatan 2007 yang begitu bersemangat turut menjadikan suasana lebih panassss!
(Gambar-gambar dan caption dari: http:mysals.blogspot.com/)

Friday, October 10, 2008

UKRIDA GRAND FUTSAL TOURNAMENT

GRAND FUTSAL TOURNAMENT
(KATEGORI LELAKI)

Sabtu, 11 Oktober 2008 SABTU
7pm –selesai
Patra Sport Centre



Pada hari ini, bursa-bursa transfer diantara batch masing-masing telah ditutup dimana masing-masing batch telah menyiapkan pasukan masing-masing untuk kejohanan futsal pada tahun ini.

Pelbagai atau aneka ragam dapat dilihat dari setiap pasukan dan yang paling mengejutkan 2 pasukan dari batch 2008 Trisakti menarik diri pada saat-saat akhir pertandingan hendak dimulakan.

Mungkinkah aura kehebatan pemain-pemain UKRIDA dirasai sehingga mereka lansung tidak berani menjejakkan kaki ke lapangan futsal?? Mungkin debaran pertandingan tahunan ini semakin kencang didada sehingga sukar untuk ditanggung lagi?

Apa-apa pun pertandingan akan tetap dijalankan dengan berbaki sebanyak 8 pasukan terhebat untuk turun berentap merebut sebuah piala. Berikut adalah sedikit info tentang pertandingan ini:

GROUP A
Samurai 7 (2005)
Kramat (2007)
Tat gulungFC ( 2006 )
Fruitea FC (2008)
Trisakti 2008 – out tarik diri

GROUP B
Dodol FC ( 2005 )
Mega angrek FC ( 2005 )
May –may FC (2008 )
Kecoa koproseksual FC ( 2008)
Trisakti 2008 – out tarik diri

Pertandingan akan bermula pada jam 7.00 pm dimana setiap team akan bermain mengikut sistem grouping. Satu perlawanan mengambil masa kira-kira 20 minit. Sama-sama kita datang untuk menyokong team masing-masing!


Semoga anda semua success!

Search