Monday, August 25, 2008

Day Trip ke Bandung 29 Aug 2008


Dalam mengisi masa lapang pelajar-pelajar yang kini bercuti di Jakarta, UMSA akan mengadakan satu day trip ke Bandung pada 29 Aug 2008, Jumaat ini.

Satu bus akan disewa khas bagi tujuaan tersebut. Program yang terhad kepada 50 orang pelajar ini terbuka kepada semua angkatan, 2005-2008. Siapa cepat, daftar dan boleh ikut serta dengan kawan-kawan.

InsyaAllah kita akan bertolak dari Jakarta sekitar jam 7 pagi. Selepas makan malam di Bandung, kita akan bertolak balik dan dijangka sampai ke Jakarta sekitar jam 10pm.
Antara tempat lawatan adalah Kawah Gunung Tangkuban Perahu, Ladang Strawberry, Jl Juanda, Jl Dago, serta beberapa tempat menarik lain.

Bayaran termasuk pengangkutan serta makan malam adalah sebanyak Rp 100, 000 seorang. Sekali lagi diingatkan promosi ini adalah terhad kepada 50 peserta pertama.
Untuk maklumat lanjut sila hubungi saudari Syura (o85921486268).

Friday, August 22, 2008

Tarhib Ramadhan 1429H

Assalamu’alaikum wa rahmatullah.

Alhamdulillah, tidak sampai 10 hari lagi bulan Ramadhan akan tiba. Biro agama dan Pembangunan Insan UMSA ingin mengajak semua muslimin dan muslimat meluangkan sedikit masa untuk bersiap sedia dari segi mental dan fizikal sebelum menjalankan ibadah di bulan Ramadhan.

Selain sebagai salah satu acara menyambut kedatangan bulan suci ini, ia juga diharap dapat memperkukuh pengetahuan muslimin dan muslimat berkenaan hakikat puasa Ramadhan dan sebagainya, agar kita benar-benar menghayati bulan suci ini.

Program Tarhib Ramadhan

Tentatif acara:

1800 Solat Maghrib berjemaah. Ifthar jamaie bagi yang berpuasa sunat Sya’ban (Makanan ringan, air dan kurma disediakan)

1830: Ba’da Maghrib Pengajian Mingguan Masjid Nurul Hikmah.
Penceramah : Drs. H. Muchlis Abdi

1915: Solat Isya’ berjemaah. Silaturrahim & Makan Malam bersama wakil masyarakat dan penceramah. Slide show ‘Program Ihya Ramadhan 1428H’ (tahun lepas) ditayangkan sepanjang makan malam.

1945: Pendahuluan Ta’lim Mingguan bagi Remaja sesi 2008/2009
Penceramah : Drs. Romyaldi

Pembahagian Grup Tadarrus Al-Qur’an sepanjang Ramadhan

2030 Acara di jangka selesai.

Turut diundang:
Pengurus Masjid Nurul Hikmah
Wakil Masyarakat Tanjung Duren Selatan
Wakil Kedutaan Besar Malaysia
Wakil Forum Remaja Masjid
Wakil Persatuan Mahasiswa Malaysia (PKPMI, Kelab UMNO Jakarta)

Bayaran Rp 15, 000 akan dikenakan bagi setiap peserta majlis. Bayaran tersebut adalah untuk jamuan makan malam serta snacks berbuka puasa berupa kuih-muih, buah dan minuman. Jika terdapat wang lebih, ia akan digunakan bagi kegiatan amal lain sepanjang bulanRamadhan.

Doorprize berupa buku-buku panduan menghayati bukan Ramadhan juga akan diberikan secara percuma bagi peserta yang hadir awal.

Untuk makluman lanjut sila hubungi saudara Zulfadhli (08174935829), atau biro API yang lain.

Monday, August 18, 2008

Tahniah Hafiz!

Jumaat, 15 Aug 2008- Pihak UMSA mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada salah seorang daripada rakan kita, saudara Hafiz B Baharom atas kemenangan beliau dalam pertandingan badminton di Kedubes Malaysia baru-baru ini.

Buat pengetahuan semua, saudara Hafiz (Blur) telah berjaya mendapat tempat pertama dalam pertandingan tersebut.

Hafiz yang berganding dengan partner staff dari embassy (Indonesian) cemerlang memenangi semua perlawanan mereka yang dijalan mengikut sistem liga. Pertandingan badminton anjuran Kedutaan Besar Malaysia tersebut adalah sempena menyambut kemerdekaan tahun ini.

Semoga kemenangan saudara Hafiz (a.k.a. Hafiz Hashim) akan dapat sedikit sebanyak memberi semangat pada yang lain dalam pertandingan-pertandingan yang akan datang seterusnya mengharumkan lagi nama UKRIDA dan UMSA.

Team UMSA

Monday, August 11, 2008

Pertandingan Fantasy Football 2008 Liga UKRIDA

Kepada rakan-rakan yang dihormati,

Pada tahun ini, UMSA akan menganjurkan pertandingan Fantasy Football 2008 (Liga UKRIDA). Hadiah menarik menanti pemenang di penghujung musim liga. Piala pusingan akan diadakan bagi pemenang juara liga dan hadiah lain turut disediakan.

Bagi yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, sila layari http://uk.premiership.fantasysports.yahoo.com/ untuk maklumat yang lebih lanjut. Berikut adalah detail pertandingan ini.
Group ID : 8516
Password : ukrida

Buat pengetahuan peserta, oleh kerana EPL akan bermula hujung minggu ini, diharap para peserta dapat segera mendaftar team masing-masing agar team masing-masing tidak ketinggalan untuk point-point pertandingan di awal musim.

Selain itu, bagi memastikan record penyertaan, setiap team mestilah berdaftar dengan Biro Sukan UMSA. Borang penyertaan boleh didownload di laman blog ini dan maklumat lanjut boleh didapati di dalam borang tersebut. Pertandingan terbuka kepada setiap ahli UMSA dari setiap angkatan, tidak kira lelaki atau perempuan.

Diharap penyertaan dari setiap angkatan akan memberi saingan yang lebih sengit pada musim ini. Sekian terima kasih.

Saturday, August 9, 2008

Selamat Datang adik-adik 2008 ke keluarga UMSA!

Pada 6 Ogos 2008, seramai 35 pelajar baru UKRIDA tajaan MARA telah sampai ke bumi Jakarta. Adik-adik yang kemas berpakaian sut hitam tiba di perkarangan kampus Kedokteran UKRIDA kira-kira jam 1 tghari siap disambut oleh kakak-kaka dan abang-abang senior dari keluarga besar UKRIDA Malaysian Students' Association.

Selepas mendengar kata-kata aluan ringkas yang disampaikan sendiri oleh Dekan Fakultas Kedokteran UKRIDA, Dr Mardi, adik-adik kita yang baru ini telah dijamu dengan juadah Indonesia mereka yang pertama.

Taklimat ringkas seterusnya dikendalikan oleh En Jusoh B Hamat sebagai Pengarah MARA Indonesia. Selain memberi ucapan tahniah kepada yang terpilih oleh MARA, En Jusoh turut menyentuh beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh pelajar-pelajar yang baru tiba seperti keselamatan dan fokus dalam belajar. En Mohd Annuar Azizan, Pen. Pegawai MARA Indonesia juga mengambil kesempatan menerangkan kepada pelajar baru tentang borang-borang biasiswa yang patut diisi oleh mereka. Majlis diteruskan dengan ucapan Dr Gunawan, bapa angkat pelajar-pelajar Malaysia di Jakarta yang turut memberi kata-kata aluan kepada pelajar baru.

Abang Wan, selaku Naib YDP PKPMI, Rizal Abd Rahman, Presiden Kelab UMNO Jakarta, serta Zulhafiz Mokhtar, Presiden UMSA juga mengambil kesempatan untuk masing-masing mengucapkan selamat datang dan rasa berbesar hati menerima pelajar-pelajar baru untuk menyertai keluarga besar pelajar Malaysia di Jakarta, khususnya di UKRIDA.


Selepas masing-masing pelajar baru dihadiahkan sim card oleh UMSA sebagai tanda selamat datang, dan mendapat sedikit lagi taklimat ringkas tentang proses pendaftaran, borang-borang dan dokumen yang patut diisi dan sebagainya, pelajar-pelajar baru kemudiannya dibantu kakak-kakak dan abang-abang senior untuk membawa mereka ke tempat tinggal mereka masing-masing.


Sekali pihak UMSA ingin mengucapkan selamat datang pada semua adik-adik angkatan baru 2008 ke UKRIDA. Semoga hubungan yang erat dapat kita wujudkan antara satu sama lain kelak bagi mengukuhkan lagi komuniti Malaysia di UKRIDA.

Monday, August 4, 2008

Claim Semester Pendek (JPA)

Salam.

Buat rakan-rakan angkatan 2006 dan adik-adik angkatan 2007 yang mendapat tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan mengikuti Semester Pendek tahun ini, bayaran SP yang memenuhi kriteria oleh JPA boleh di claim dari pihak penaja.

Buat pengetahuan semua, untuk melicinkan urusan meng-claim duit bayaran yuran SP, diharap semua orang peka dengan kriteria-kriteria yang ditetapkan oleh JPA. Ini mengelakkan daripada JPA untuk tidak meluluskan permohonan sekiranya pihak mereka mendapati kita tidak mengikut kriteria yang ditetapkan oleh JPA.

Berikut adalah syarat daripada JPA:
1. Pelajar tajaan JPA
2. Claim hanya dibenarkan bagi pelajar yang mengikuti SP untuk subjek-subjek yang gagal, tidak dibenarkan untuk tujuan pembaikan nilai.
3. Claim tidak dibenarkan untuk mereka yang mengulang subjek yang sama pada Semester Pendek yang lalu.

Bagi memudahkan semua pihak, urusan meng-claim duit bayaran yuran SP akan diuruskan oleh UMSA. Bagi pelajar-pelajar yang mencukupi kriteria tersebut dan berminat untuk meng-claim duit dari JPA, sila sediakan dokumen-dokumen berikut:

Dokumen yang perlu disediakan:
1. Nama penuh*
2. No IC*
3. Senarai subjek yang telibat untuk urusan claim, jumlah SKS, jumlah bayaran.*
4. Fotocopy result bagi subjek-subjek terlibat. Subjek yang terlibat sesuai dengan senarai diatas dihighlightkan.
5. Fotocopy resit bayaran Bank INA.

*Sila download borang claim di laman blog ini, isi data diperlukan dan print masing-masing.

Sila hantar dokumen-dokumen tersebut kepada exco Akademik UMSA, NurShaheda Salleh (No. 11, Jl Way Seputih 2) selewat-lewatnya 15 August 2008.

Kerjasama anda amat dihargai.

Rizal Abd Rahman
Vice-Pres I
UKRIDA Malaysian Students' Association

Sunday, August 3, 2008

Skills Lab SP, claim Kitas MARA, kertas kerja usulan menaikkan scholar.

Salam.

Segala puji bagi Allah s.w.t, Rabb semesta alam, hanya kepada-NYA kita memanjatkan kesyukuran di atas nikmat-nikmatNya terutama nikmat iman dan Islam. Salawat dan salam semoga selalu dilimpahkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, keluarga beliau, para sahabat dan seluruh umat islam.

Alhamdulillah, surat aduan tentang kenaikan bayaran short sem untuk skill labs sudah dibuat dan insyaALLAH akan dibincang dengan Pak Gunawan dan Encik Jazman sebelum dihantar kepada pihak JPA. Pihak UMSA juga akan mengadakan perbincangan dengan dekan berkenaan bayaran ini. Urusan untuk claim bayaran short sem sedang dibuat dan details yang perlu akan diberitahu dalam masa yang terdekat. Kepada students MARA, urusan claim kitas tetap diusahakan untuk yang telah membayar bagi tahun 2008 dan kesilapan ini didahului dengan mohon maaf.

Di harapkan wakil rumah yang mendapat borang kaji sara hidup, sila penuhkan borang tersebut dan dapat mengembalikannya a.s.a.p supaya kami dapat membuat usulan bertulis kepada pihak JPA dan MARA secepat mungkin agar bukti statistik bertulis berkenaan tuntutan kenaikan elaun sara hidup yang dibuat dari pelajar di Jakarta lebih meyakinkan.

Kepada semua warga UMSA, saya mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf di atas ketidaksesuaian penampilan saya ketika majlis bersama wakil MMC maupun kesalahan lain yang tidak saya sengajakan. Jika ada salah dan silap, saya sudi mendengar teguran dari semua pihak, kerana sebelum adanya teguran sebegini di friendster, saya sudah ditegur dari ex-mt UMSA yang lepas. Saya berharap agar semua warga UKRIDA tidak bercakaran dan tidak bergaduh sesama sendiri, perbuatan yang salah ditegur dan marilah berlapang dada dengan memaafkan kesalahan yang telah terjadi di antara kita serta rapatkanlah ukhuwah kita di UKRIDA ini…insyaALLAH. Once again, I’m truely sorry to all my friends, I didn’t mean to disappoint all of you and thanks for those supporting me.

Salam

Mohd Zulhafiz Mokhtar
Presiden
UKRIDA Malaysian Students' Association

Subjek Semester 3

Salam.

Buat adik-adik angkatan 2007 yang bakal mengikuti semester 3, berikut adalah sedikit maklumat tentang modul dan subjek yang bakal adik-adik pelajari. Diharap ini dapat sedikit sebanyak membantu adik-adik.

Nur Qamarina
Timb Presiden II
UKRIDA Malaysian Students' Association

Matakuliah (SKS)

Blok 10 – Urogenital Tract (4 minggu)
Anatomi 1.00
Biokimia 0.80
Fisiologi 1.00
Histologi 0.50
PBL 0.30
Patologi klinik 0.40
Radiologi 0.20
Skill Lab 0.20
Total 4.40


Blok 11 – Metabolic and Endocrine (4 minggu)
Anatomi 0.20
Biokimia 1.70
Fisiologi 0.80
Gizi 0.30
Histologi 0.20
Kimia 0.30
PBL 0.30
Patologi klinik 0.40
Skill lab 0.20
Total 4.40


Blok 12 – Infection and Immunity (6 minggu)
Bedah 0.30
Farmakologi 1.10
Gigi dan Mulut 0.30
Ilmu Kesehatan Masyarakat 0.30
Ilmu Penyakit Dalam 0.30
Mikrobiologi 1.40
Parasitologi 1.10
PBL 0.40
Patologi Anatomi 1.40
Patologi Klinik 0.40
Skill lab 0.20
Total 7.20


Blok 13 – Growth and Development (6 minggu)
Bedah 0.80
Bioetik 0.10
Farmakologi 1.20
Ilmu Gizi 0.50
Gigi dan Mulut 0.10
Ilmu Kesehatan Anak 1.80
Ilmu Kesehatan Jiwa 0.50
Ilmu Penyakit Dalam 0.30
Ilmu Penyakit Saraf 0.30
Mikrobiologi 0.20
Ilmu Kebidanan dan Kandungan 0.10
PBL 0.40
Patologi Anatomi 0.40
Patologi Klinik 0.10
Radiology 0.20
Skill Lab 0.20
Total 7.20

Friday, August 1, 2008

BBQ Akademik 2008



BBQ Biro Akademik UMSA 2008


Salam.

Terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan majlis BBQ 2008 anjuran biro akademik UMSA. Penghargaan setinggi-tingginya ditujukan buat semua yang dari pagi tak lelah-lelah bekerja menjayakan majlis tersebut. Diharap program sebegini dapat selalu kita adakan bagi mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan kita semua di sini.

Sekian.

Rizal Abd Rahman
Timb. Presiden
UKRIDA Malaysian Students' Association

Search