Thursday, May 29, 2008

Maling.

Berikutan masalah maling yang semakin menjadi-jadi di daerah Tg Duren ni, diminta semua lebih berhati-hati. Dalam masa satu bulan ni je, dah hampir 10 buah basikal hilang, anak Malaysia seolah-olah menjadi target oleh sindiket maling sepeda ni.

Supaya keselamatan kita lebih terjamin, diminta semua org berhati-hati dan meningkatkan sedikit tahap keselamatan kediaman masing-masing. Kadang kala tu sebab kecuaian kita yang memberi peluang pada para maling tu la yg membuatkan kita menjadi 'target' diorg. So lepas ni kena la lagi hati-hati ok. Pintu pagar tu sentiasa kena tutup, sentiasa alert aktiviti keluar masuk rumah, jangan asyik nak assume kawan kita yg keluar-masuk, tgk2 jugak la kat depan tu.

Satu lagi, in case kalau amcam ada yg teserempak maling, kat dalam rumah ke apa ke, cepat-cepat jerit "Maling" (si pemaling ni takut kalau kita jerit maling sebab akan byk org datang nak belasah dia nanti) atau mintak tolong kawan cepat-cepat, and yg lagi penting utk defend diri ngan baik. Utk perempuan lari might be the best idea jugak, laki ambil la penyapu ke apa ke, kalau tak PD, lari la jugak and call for help.:D Ye la, takut kalau kita melawan ke then si pemaling tu jenis yg tak pikir panjang keluarkan pisau ke apa ke, then macam boleh mengundang bahaya-bahaya lain pulak kan. So be careful everyone.

Pesanan penaja.

Wednesday, May 14, 2008

Teruskan Semangat!






Sekali lagi terima ksih buat semua dari UKRIDA yg sama-sama menyokong buat Malaysia di Thomas/Uber Cup 2008 kt Istora semalam. Walaupun pada awalnya kita tak dapat seats yg baik utk support, dihimpit lagi oleh supporters gergasi Indonesia, tapi kehadiran kita tetap terasa. Untuk yg dah bertungkus lumus berjuang support utk Malaysia, terima kasih byk2 dan teruskan lagi semangat supaya kita sama-sama membawa Malaysia ke final!

Next game piala Thomas stage Semi Final adalah pada hari Jumaat, 16 May 2008, pukul 1.oopm, Malaysia Vs China. Ni game yg sangat important buat Malaysia dan adalah game tersusah sekali dalam tournament. Macam biasa siapa yg betul2 confirm nak pegi kena beli tiket kat stadium (sebab tiket yg nak dapat kat student pun takde berita lagi dari embassy and macam biasa sgt limited). Mungkin esok macam hari tu pagi-pagi kita akan hantar rombongan ke Istora utk dapatkan tiket. Indonesia juga bermain pada hari yg sama (tapi Indonesia main malam 6pm) so kita expect akan ramai org yg beratur jugak (since ni big game Semi Final) so kena la datang awal ye.

Harap kita boleh ramai-ramai datang ke Istora Senayan untuk game yg sgt penting dan sgt susah untuk Malaysia ni dan kalau kita boleh kalahkan defending champion dan favourite juara Thomas Cup si China ni, kita akan melayakkan diri ke Final. Suara dan sokongan kita sgt diperlukan! Mungkin sapa tau kalau Malaysia menang Thomas Cup tahun ni, kita akan jadi part of history la!:D

Quick details utk Malaysia's Thomas Cup Semi Final:

Lawan : China (First seed, Defending Champions, Fav Juara 2008)

Top Player : Single: Lin Dan (Age:24; World's No 1 2004-2006, regained his ranking as in the world from 2006 until now, after a short period of being ranked behind Lee Chong Wei in 2006)

Last Meeting : Since 2006, Malaysia World's No 2, Lee Chong Wei has won 2 times and lost 3 times against China's Lin Dan. Previous meeting in the Swiss Open Final 2008, Lin Dan overcome Chong Wei 21-13, 21-18.

Jadual Pertandingan: Jumaat, 16 May 2008, jam 13.00, Istora Senayan, Jakarta.

*Pesanan khas dari Yap Kim Hock, team Malaysia akan memakai baju Kuning esok, jadi diminta para supporters juga memakai baju Kuning dan membawa Jalur Gemilang utk sama-sama memberi sokongan padu buat team nasional kita.

Rizal Abd Rahman,
Vice Pres I

Tuesday, May 13, 2008

UKRIDA di Piala Thomas!


PEMBAKAR SEMANGAT: Ketika pemain negara diejek sepanjang saingan di Istora Senayan oleh penonton tempatan, terdapat sekumpulan penuntut serta kakitangan Kedutaan Malaysia terus memberi perangsang kepada skuad negara, semalam.
(Berita Harian, 12 Mei 2008)

Thanks pada semua yg datang. Setelah usaha bertungkus lumus untuk mendapatkan tiket, beratur lebih 5 jam nak beli tiket, bertolak-tolak sana sini macam nak berperang, untung jugak ramai daripada kita di UKRIDA dapat tgk perlawanan Thomas Cup Malaysia vs South Korea semalam. Thanks sekali lagi atas sokongan hebat kepada team kebangsaan kita, dan ada yg bertungkus lumus sampai hilang suara semua.
Malaysia akan menentang Jepun di quarter final, Rabu 14 Mei 2008, pukul 1pm. Usaha mendapatkan tiket akan dijalankan lagi, tapi susah sgt limited. Bayangkan la atas kelemahan pihak penganjur, kita terpaksa beratur awal-awal kalau nak beli, bersaing dgn ribuan org, counter tiket yg bukak cuma lima, sorang limit beli 2 tiket je pun, so harap faham la kesusahan mendapatkan tiket ni. Harga tiket VIP Quarter Final adalah Rp 100k, tiket biasa Rp50k. Untuk quarter final ni, pihak embassy pun tak dapat tiket lagi, so jgn tanya la soal tiket free ada ke tak lagi. Kalau ada pun, dia bagi macam 40 tiket utk semua student satu Jakarta (bagi kat Anuar UIN), mungkin 2-3 je yg boleh dapat kat UKRIDA.
So, untuk yg betul2 berminat nak tgk, sila lah datang sendiri untuk beli tiket masing-masing, tapi kalau ada kesempatan untuk aku tolong beli kat korang semua, akan aku usahakan betul-betul.

Sunday, May 11, 2008

Cubaan lagi akan dibuat!

Akum.
Sorry kat semua yg aku tak boleh nak dapatkan tiket untuk korang buat game Malaysia hari ni. Hari ni memang penat sgt. Aku dah usaha sebaik-baik mungkin tapi still tak dapat jugak nak cari cara untuk dapatkan tiket kita. Sedih and sorry sgt2 kat semua org.

Nway, hari ni aku ngan Nash pergi stadium seawal pukul 9 pagi. Sampai je sana dah ramai org kat luar stadium tak dapat tiket sebab dah full house. Aku macam sgt2 kecewa la that i found it out that way kan. Tanya-tanya sana sini situ semua then pergi ke tiket counter pun dah tutup. We decided to wait that we heard the ticket counter gonna be re-open at 3-4pm utk jual tiket the next day game. Tunggu lah situ dgn panas segala, dari 9-12lebey sebab nak jgk cari jalan kot-kot boleh beli tiket semua kan walaupun tempat tu dah sesak.

Saturday, May 10, 2008

Safety Tips for those travelling to the stadium.

Oh ini benda yang nak bawak utk sapa2 nak gi lagi:

1. Pakai baju kuning, atau oren.

2. Bawak bendera Malaysia (kalau ada, kalau takde takpe, dah mintak kat embassy suruh provide)

Piala Thomas/Uber 2008

Akum,

First sekali sorry sebab free tiket utk pembukaan Piala Thomas hari ni dah habis. Aku cuba dapatkan tiket tu dari UMNO jakarta sebab mmg embassy ada allocate tiket utk student, tapi very limited, 40 je pun so macam susah nak dapat la kan. Aku sendiri pun urus-urus tak dapat jugak.

Nway, untuk sesiapa yang still berminat, game hari ni (Ahad, 11 May), Thomas Cup Malaysia VS England akan mula jam 1 pm. Tadi aku dah call source aku, dia cakap tiket still boleh didapatkan kat stadium. Harga ada yg Rp25k, and ada yg Rp50k. Kita Malaysian boleh la pakai baju kuning ok. Aku akan pegi dan aku rasa since kita semua baru je abes exams, and this is like the only chance we could watch Piala Thomas in Jakarta, aku rasa ramai jugak yang bersemangat nak pergi kan.

So here the deal, since ramai yg aku rasa akan pergi, so aku agak risau jgak la soal keselamatan kita semua sebenarnya. Jadi aku terpaksa susun plan utk sapa-sapa yang nak pegi, so macam everythng terancang, and macam kita akan gerak sekali, jadi macam akan kurang the risk utk kalau- kalau nak terjadi apa-apa la kan.

OK. Benda pertama yang aku akan cuba buat adalah aku nak semua yang nak pegi tolong bagitau nama kat aku japgi and duit sekali. Aku akan pegi ke stadium lebih awal utk dapatkan tiket untuk kita semua, and nanti aku arrange utk kita gerak dari Tg Duren ke Senayan sama-sama. At least kita akan kumpul in one spot near the stadium dan then boleh bergerak sama-sama in a group. Besides, aku akan contact group2 lain dari universiti lain (UIN, Trisakti, etc) utk kalau boleh kita kumpul sama-sama, and nanti kat stadium macam lebih safe kot. Aku akan cakap ngan Presiden UMNO Jakarta untuk plan things up ok.

So, benda pertama yang korang kena buat kalau nak pegi tgk Malaysia-Must-Win game Vs England hari ini adalah bagi duit Rp50 kat aku sebelum jam 9 pagi ni, di rumah aku. Pukul 9 aku akan gerak pegi Senayan. Untuk pengetahuan masing2, aku akan dapatkan best seat yg available utk kita semua, kalau yg Rp25k tu dah cukup ok, aku beli yang tu; dan incase dia dah habis and aku kena beli yang Rp50k, then Ive enough money to do so la kan, thats why aku mintak Rp50k dulu. Kalau dapat yg murah, wang anda akan dikembalikan.

Untuk info seterusnya, aku akan update dalam ni. Japgi aku tulis new entry utk terang sikit2 pasal info keselamatan kita ok. Thanks!

Rizal Abd Rahman,
Vice-Pres I

New site for the UKRIDAians.

Hi everyone.

This is a new page for the Malaysian community in UKRIDA. Ive been thinking of doing this for quite some time but certain things showed up, been busy with exams and everything that it was delayed. Havent got the 'go for it' word from the president but Im in a rush this morning that Ive to do this right away.

Well, obviously nothing much in here just yet, but I promise you things gonna be updated, and this is one of the attempts in improving our UMSA.

Rizal Abd Rahman,
Vice-Pres I.

Search